Jumaat, 22 Oktober 2010
ROSMAH MANSOR GADAI MARUAH ISLAM ?
Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung Penganjur Festival Busana Muslim di Monte Carlo baru-baru ini secara amnya dilihat bagus, tetapi malang seribu kali malang ... Fesyen Busana Muslim yang hendak ditonjolkan terbabas dan menyimpang jauh dari yang sepatutnya. Sekadar berpakaian labuh tetapi terdedah disana sini, apakah itu ciri-ciri pakaian seorang wanita muslim?
Jelas sekali Rosmah selaku Penaung dan Penganjur telah membelakangkan syariat Islam dan dalam masa yang sama menghina Rasullullah SAW.
Amat tidak wajar perkataan Muhammad dalam bahasa Arab telah di peragakan dengan sewenang-wenangnya ditubuh badan wanita yang boleh dikatakan suku bogel itu.
Adakah Rosmah terlalu jahil sehingga perkara begini boleh berlaku?. Kalau pun beliau jahil, tidakkah beliau mahu merujuk kepada mana-mana imam muda UMNO yang dikatakan hebat itu? Atau pun bertanya kepada Jamil Khir menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama?
Nampaknya Datin Seri Rosmah isteri Perdana Menteri telah menunjukkan sikap berani dan melampaunya yang amat keterlaluan !! ...... Inikah Malaysia negara Islam? seperti yang dilaung-laungkan oleh UMNO dan Najib selama ini? Jauh sekali !! Bertaubatlah Datin ! sebelum tersesat lebih jauh !
Penulis amat mengalu-ngalu dan menyokong Dewan Pemuda PAS dan lain-lain NGO yang hendak mengadakan himpunan aman pada 22/10/10 Jumaat ini sebagai tanda membantah Festival Busana Muslim tersebut. Mari kita turun beramai-ramai sebagai menunjukkan tanda protes!!
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan