Teman
bukan seorang sejarahwan, bukan ahli politik dan bukan juga ahli agama. Teman
hanya orang biasa, sama seperti hamba-hamba lain, yang diberi otak dan akal
oleh Allah !. Nikmat otak dan akal
kurniaan Allah ini rasanya cukup untuk
membolehkan teman berfikir dengan waras,, agar dapat memilih halatuju kehidupan
yang diredhai oleh Allah… bukan diredhai UMNO!
Berbalik
kepada soal perasaan, seperti marah atau
sayang, suka atau benci ! Tidakkah semua itu milik Allah? dan Allah anerahkan kepada hambanya? Mahu tak mahu kita memang memilikinya. Kita
berhak untuk menyatakan rasa sayang, kita juga berhak untuk meluahkan rasa marah
atau benci kita kepada sesiapa pun ! Yang penting perasaan benci itu mestilah berlandaskan
fikiran yang bersih, dan berpaksikan otak@akal yang Allah beri. Ingat !! Allah suka kalau kita benci apa yang Allah benci !!
Allah
suruh kita jauhi dan benci segala yang
haram, jauhi dan benci perbuatan zina, benci arak & judi dan
benci segala yang keji ! ….Sama juga dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa,
amalan fitnah dan menipu. Apakah kita
dianggap bersalah, kalau memiliki
perasaan benci dan marah kepada UMNOBN? sedangkan mereka begitu sebati dengan amalan-amalan kotor
tersebut? Ayuh, seluruh rakyat Malaysia
! Kita luahkan rasa kebencian kita
terhadap UMNOBN,, dengan memilih dan memangkah calun-calun Pakatan Rakyat dalam
PRU 13 esok ! - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan