Ahad, 19 Mei 2013

Hina dan ludah, lepas itu jilat balik !

UMNO pernah kata DAP sebuah parti perkauman, pro komunis, anti Melayu dan anti Islam. Sebagai pemangkin kepada tuduhan-tuduhan buruk itu,  lalu dikatakan peistiwa berdarah 13 Mei ’69  DAP lah pencetusnya.   Tidak putus-putus Umno menuduh DAP dengan berbagai kecaman termasuk DAP bercita-cita mahu menumbangkan sistem beraja dan ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara republik.  Selari dengan hasrat itu DAP terus dituduh  kononnya mereka berhasrat  mahu mengangkat  kristian sebagai agama rasmi persekutuan.
Tetapi hari ini bila DAP sudah semakin kuat  tiba-tiba saja mereka dijemput menyertai BN !   Kah, kah, kah !!!!   geli teman mendengarnya !!  Jangan terkejut !  Ini memang perangai semujadi Umno. Waktu mereka kuat mereka sombong,,waktu mereka  tersepit apa saja mereka akan buat. Berlakun atau bersandiwara adalah hobi mereka.
Begitu juga hubungan Umno dengan PAS.  Umno sentiasa menuduh PAS sebuah parti Islam yang ekstrim yang  menyokong perjuangan pengganas.  Lebih dasyat lagi PAS dituduh Parti Ajaran Sesat !   PAS tidak seharusnya berbaik-baik dengan orang DAP yang disifat oleh mereka sebagai kafir harbi, padahal dasar parti DAP dan integriti pemimpinnya jauh lebih baik dari MCA dan Umno sendiri.  Dalam keghairahan menuduh PAS parti sesat,  Umno terus  berusaha mengajak PAS bersatu dengan mereka,,, inilah peliknya Umno !! .Lain dimulut, lain dihati, keikhlasan dalam diri tidak pernah wujud!.
Satu lagi isu,,,,,, dulu HINDRAF dikatakan sebuah pertubuhan haram, dan dikaitkan pula dengan kumpulan pemisah Tigers Eelam Sri Lanka…  Hari ini pemimpin Hindraf diangkat menjadi Timbalan Menteri oleh DS Najib!   Hahahaha ! satu lagi kejutan oleh Najib pemimpin nombor satu Umno,, Ia  bukan pelik tetapi amat memalukan !  kerana sanggup menjilat kembali air ludah yang sudah dipancutkan kelongkang !   Sama-sama kita fikirkan,,, Tidakkah ini merupakan tanda-tanda,, kemaluan Umno bertambah besar ATAU Umno sudah hilang kemaluan? Apa yang pasti ialah,, Najib telah hilang maruah !   - rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan