Rabu, 22 Mei 2013

SPR menipu,, SPR juga tertipu?


SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seseorang pengundi,  namun penggunaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak, terutama ahli politik dan pengundi sendiri.  Perkara ini telah dikesan sepanjang tempoh pengundian awal pada 30 April yang lalu.  Dakwat kekal yang dicalit di jari yang kononnya boleh kekal 7 hari  didapati boleh luntur dalam beberapa minit saja selepas dicuci. 

Sekarang ini SPR yang menipu atau SPR telah kena tipu atau kedua-duanya sekali ?  Bila suasana semakin kecuh dan rakyat dah bising baru ada  ura-ura SPR nak tubuh pasukan khas bagi menyiasat  isu dakwat tak kekal ini.  Sudah agak terlewat,, sepatutnya  sebaik saja pengundian awal selesai tempoh hari, perkara ini sudah dilakukan. Apakah SPR sekarang ini bertindak dalam keadaan terpaksa atau sekadar melepas batuk ditangga? Wallah !  yang pasti mereka cuba nak menutup malu !

Apa-apa pun pekung didada SPR sudah terbuka, tembelang mereka sudah pecah,  usus yang busuk sudah terburai !   Mampukah SPR menutupnya lagi?   Dalam bab siasat ini,,  SPR yang tidak ikhlas! SPR yang cuba menipu, SPR yang buat taik !  Takkan SPR sendiri nak siasat SPR?  Siapa yang nak percaya? Kah, kah, kah !! Ini belum lagi masuk bab sebotaj dalam pengiraan undi dan kehadiran pengundi hantu !  -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan