Rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima
keputusan PRU 13 dan sistem pilihanraya Malaysia boleh keluar dan meninggalkan
Negara ini….. demikian
petikan dari kata-kata Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.
Baru saja dilantik sebagai menteri
Dalam Negari, Datuk Seri Zahid Hamidi
telah bersikap seperti tuan besar, angkuh, bodoh sombong dan biadap! . Apa hak
beliau untuk menghalang rakyat Malaysia khasnya penyokong Pakatan Rakyat
menunjukkan sikap protes terhadap SPR? Apakah
penipuan dan ketidakadilan yang telah dilakukan SPR itu, rakyat dipaksa untuk menerimanya? Salahkan rakyat menuntut haknya? Kenapa begitu
mudah menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati supaya keluar dari Negara ini?
Lupakah Zahid yang beliau adalah menteri kepada semua rakyat Malaysia? Pendatang asing yang senang-senang dapat
kerakyatan Malaysia macammana? Tidak terfikir
kah Zahid nak halau mereka balik?
Kepada Datuk Seri Zahid dan
mana-mana pemimpin Umno. Sepatutnya realiti
politik hari ini mesti diterima dan diakui. Politik kuno zaman 60an dan 70an
sudah tidak diterima lagi oleh rakyat Malaysia,
tak kira Melayu, Cina mahupun India !
Cukup-cukuplah tu wahai Zahid, jangan
lagi membuat desakan dan ugutan yang bersifat perkauman. Ugutan seperti ini
rakyat dah muak ! .
Perlu dingat ! sehingga kini, proses bantahan dan
kebangkitan rakyat berlaku dengan aman di setiap negeri yang dilangsungkan, dan
kesetiaan rakyat tidak seharusnya dipertikaikan, hanya kerana tidak sependapat
dengan kerajaan. Tak salah rakyat menuntut hak,, mereka cuma mahu hak mereka didengar,
dan diadili melalui prosedur dan proses undang-undang.
Berlapang dadalah wahai Datuk Seri
Zahid ! berilah ruang bersuara untuk
rakyat. Sepatutnya sebagai Menteri Dalam
Negeri yang baru dilantik, Datuk Seri wajib segera mengambil langkah-langkah
yang neutral dan berkerjasama bagi memberi peluang kepada sebarang proses
bantahan, selagi ianya tidak melanggar undang-undang dan tidak mendatangkan
kekacauan. - rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan