Sumber : KeadilanDaily Saya ingin merujuk di sini kepada laporan
media oleh En Azlan Mat Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari. Laporan media
menyebut bahawa beliau menarik balik mohon maaf yang dibuatnya kepada Dato Seri
Anwar Ibrahim dan turut mengumumkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat
dengan serta merta. Kami ingin
menjelaskan di sini bahawa En Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli Parti
Keadilan Rakyat. Permohonannya untuk menyertai KEADILAN belum pun diluluskan.
Saya juga
ingin menjelaskan di sini, bahawa En Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu
kami dan bukan sebaliknya. Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat
pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan satu
konspirasi politik. Perkembangan
sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihanraya. Apa
tah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik UMNO.
Beberapa
hari sebelum ini En Azlan Mat Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan
beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari UMNO. Tekanan ini turut
dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin “penarikan balik” pengakuannya ini
adalah natijah dari tekanan ini. - Dato’ Johari Abdul, : Ahli Majlis Pimpinan Pusat
kalau PR Menang nanti dia terhegeh2 akn masuk PR semula ,,,,kalau x percaya tunggu dn lihat
BalasPadam