Selasa, 21 Mei 2013

SPR main silapmata ! PDRM masih amal dwi-standard

PRU ke-13 baru-baru ini kononnya menggunakan dakwat kekal yang dibeli dengan harga mahal,, tetapi hakikatnya dakwat murah yang tidak kekal disediakan. … Jelas SPR cuba bermain silap mata!!.  Sudah tentu harga dakwat kekal  jauh lebih mahal berbanding dakwat biasa yang tidak kekal. Justeru kemana perginya wang berjuta-juta untuk membeli dakwat kekal yang dihebuh-hebuhkan itu? Kepoket siapa masuknya wang tersebut?  Tidakkah ini satu penipuan oleh SPR?

Satu lagi,,   apabila  kecuh isu penggunaan dakwat kekal telah bertukar menjadi dakwat tidak kekal,, maknanya  pengundi Malaysia telah ditipu hidup-hidup oleh SPR !  . Maka risikonya,,,tidak mustahil berlaku pengundian lebih dari sekali.  Inilah salah satu cara SPR nak memenangkan BN,, lalu bersoraklah penyokong- penyokong slogan “Hidup Melayu”  walupun kemenangan mereka adalah hasil dari penipuan. Laporan polis sudah pun dibuat,, dan rakyat sedang menunggu sama ada kerajaan ambil peduli atau tidak?   

Penangkapan Blogger Milosuam, King Jason dan terbaru  Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan betapa dwi-standardnya sikap Ketua Polis Negara.  Sepatutnya Pengerusi SPR dan Timbalannya juga mesti diheret kemuka pengadilan di atas kecurangan dan penipuan mereka terhadap rakyat Malaysia, tetapi malang….. PDRM masih tunduk dengan sang penguasa. Mereka bersikap double standard dengan menggunakan undang-undang dan tindakan yang berbeza terhadap pihak pro pembangkang dan pihak pro kerajaan.  -   rahimothman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan