Khamis, 23 Mei 2013

Fikiran orang Umno semakin sempit dan kuno ?


Sejak era Mahathir hingga sekarang ramai di kalangan pemimpin UMNO terdiri dari orang-orang yang tidak cerdik!   Kalau bahasa mudahnya ialah lembab atau dungu !!  Walaupun mereka sering berlagak macam orang cerdik, namun yang menyerlah ialah sikap bodoh sombong mereka. ! 

Lebih malang,, ada yang bengis,  biadap dan sedikit kurang ajar !  Zahid adalah salah seorang darinya. Baru-baru ini beliau  telah mempamerkan lagak sombong dan bengkeng yang tak kena tempat !!....... 

Adakah patut ?  Zahid dengan sewenang-wenangnya menggesa rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima keputusan PRU 13 dan sistem pilihanraya di negara ini,  agar berpindah keluar nagara?  Wow!, satu kenyataan yang sangat bongkak dan kurang ajar!  Walhal rakyat ada hak untuk bersuara, ada hak untuk membantah dan ada hak untuk berhimpun secara aman. Kenapa Zahid nak nafikan semua hak-hak ini?  Besar sangatkah dia? Dia ingat Negara ini milik bapanya?

Haha !!  hari ini muncul pula satu lagi bekas menteri UMNO yang bengong!.... Noh Omar.  Menurutnya beliau menyokong penuh kenyataan Zahid Hamidi.  Rakyat Malaysia yang tak boleh menerima dan mematuhi undang-undang elok tinggal dalam hutan saja.  Isy, isy,  isy !!  celuparnya mulut! Sempit dan jumudnya pemikiran dia orang ni.  Jangan-jangan hati orang utan lebih mulia dan lebih terbuka dari hati Noh Omar.  Patut sangat le dia tak jadi menteri lagi,,, kesiannnn  !!! -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan