Selasa, 14 Mei 2013

Keputusan PRU 13 : UMNO masih salahkan orang lain !!


Kenapa Umno mengeluh dan bersungut bila orang-orang Cina tidak menyokong mereka?  Tak cukup bersungut,, Umno mengugut dan menuduh macam-macam pula terhadap orang Cina !   Wow! Dasyat !   Kepada pemimpin UMNO.. akuilah hak dan kebebasan setiap individu. Apa makna Negara demokrasi kalau rakyat dikongkong haknya?  Jangan marahkan nyamuk,  kelambu koyak pula yang dibakar!  Tak pandai menari,  lantai dikatakan senget !!

Umno belum sedar atau sememangnya Umno tak mahu sedar yang diri mereka sebenarnya tidak bersih !  Setelah lebih 55 tahun merdeka di bawah teraju Umno, rakyat dapat melihat dengan mata kepala sendiri tembelang UMNO.  Terlalu banyak buruk  dari yang baiknya !  lebih-lebih lagi selepas “Umno baru” era Mahathir.  Mahathir sendiri selaku bekas pemimpin nombor satu mereka pernah berkata  bahawa  UMNO telah busuk sampai keusus !!!  Umno sudah “kontang” pemimpin berkaliber !   Dan akhir sekali Mahathir mendakwa UMNO adalah parti syaitan !.

Maka tidaklah terkejut kalau Umno Baru berperangai macam “syaitan”.  Sifat syaitan memang kotor dan jahat,,, suka menghasut !!   Maka dengan sebab itu orang Melayu semakin  hari semakin  tidak menyukai Umno tajaan Mahathir ini.  Bagi orang-orang Cina pula usah cerita lah !  Mereka cukup menyampah dengan Umno!    Justeru,  salahkah kalau orang-orang Cina meminggirkan Umno atau menolak terus Umno?  Salahkah kalau mereka menyokong Pakatan Rakyat?. Berdosakah kalau mereka menyokong PAS?   Aduhhh,, malangnya orang Melayu,, kalau  masih ada yang bertuankan UMNO.   .

Satu dunia tahu Malaysia  mengamalkan “demokrasi”.  Undang-undang dan perlembagaan yang ada di Negara ini bolehlah dikatakan bagus, walaupun tidak 100% baik. Orang-orang Umno sendiri percaya tiada paksaan dalam beragama,, maka begitulah juga dalam berpolitik,, tiada paksaan !! . Rakyat ada hak untuk memilih dan menyokong mana-mana parti politik pilihan mereka, Justeru janganlah UMNO memperbodoh orang Cina dengan memaksa mereka supaya menyokong UMNO.  Sedarlah !,  kalau bangsa sendiri pun tak suka UMNO apa diharap kepada bangsa lain?  Kesiannn !!  agaknya inilah bahana parti yang dipimpin oleh orang bongok lagi dungu. -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan