Sabtu, 11 Mei 2013

Hasan jangan sibuk!, bibir tak mancung gigi ter-sorong2

“Pas Selangor perlu mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor kerana peluang ini hanya datang sekali sahaja. Calon Pas di negeri itu terdiri daripada golongan profesional yang layak mentadbir dan memajukan negeri Selangor ke tahap yang lebih baik. Penduduk Selangor yang didominasi oleh kaum Melayu mahukan pemimpin yang mampu membangunkan negeri dengan syariat Islam seperti di Kelantan dan Kedah,"  Demikian petikan kata-kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Melaka.
 
Dulu, semasa masih menganggotai exco Selangor mamat ni berangan besar nak jadi MB Selangor tapi gagal !  Kesiannnn,,,yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran !  kerana akhirnya dia dipecat dari PAS !   Semuanya  gara-gara sikap egonya,, mulut celupar, dan melawan keputusan badan tertinggi PAS “Majlis Syura Ulamak”.

Satu lagi sikap buruk mamat ni dia sering mendabik dada,  kononnya idea dan ilmunya lebih tinggi dari orang lain,, lebih-lebih lagi dalam bab agama.  Maka setelah tersingkir dari PAS, apa perlunya dia menyibukkan diri lagi memberi pendapat itu dan ini? Janganlah bibir tak mancung gigi tersorong-sorong !  Bila masa pula PAS melantiknya sebagai penasihat parti? Jangan perasan le nasihat mike orang nak terima!   Teman percaya sebarang keputusan yang akan dibuat oleh PAS tiada sebesar kuman pun dipengaruhi oleh cakap-cakap mike.   Nasib mike bersama JATI bagaimana?... kah, kah, kah !!!

Ini nasihat teman buat Hasan Ali alJATI …..Hari ini PAS semakin cemerlang di Selangor,  negeri yang Hasan sendiri.  pernah menjadi pentadbirnya. Terliurkah Hasan dengan kejayaan PAS ini?  Kalau terliur silakan!  Berbuat baiklah dengan kepimpinan tertinggi PAS,,, berguling-gulinglah di depan TG Haji Hadi, Nik Aziz dan Harun Din sebagai tanda menyesal dan meminta maaf di atas segala kesalahan dan dosa-dosa mike yang lalu terhadap PAS !   Hehehehe !!!   -  rahimothman  

1 ulasan: