Ahad, 26 Mei 2013

Isu dakwat kekal : Siapa sebenarnya yang menipu?

Penipuan dakwat kekal : Yang sudah pasti kena tipu ialah RAKYAT.  Yang  menipu pula siapa?  Mungkinkah kerajaan? pihak SPR? atau pembekal dakwat?   Memang isu ini sedikit lucu tetapi amat memalukan, kerana satu dunia telah ketawa sinis melihat kerajaan Malaysia cuba memperbodohkan rakyatnya.   
Di peringkat awal SPR bukan main hebuh dan gah lagi,,, mendakwa mereka akan menggunakan dakwat kekal dalam PRU 13, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya!   Dakwat kekal yang kononnya dapat membantu mengelak berlakunya pengundian lebih dari sekali rupa-rupanya tidak kekal. Ini bermakna penipuan boleh berlaku dan telahpun berlaku.

Apa tujuan penipuan dakwat kekal?                                                                                                                                                                                                                                     1. Mungkin bertujuan menjimatkan kos dan keuntungan boleh disalurkan ke tempat lain.                     2. Mungkin bertujuan ambil untung atas angin – bayar murah caj mahal,, untung masuk kantung.

Nak tahu siapa yang menipu sebenarnya?... Di bawah ini pasti merupakan salah satu dari jawapannya.             1. Kerajaan menipu SPR sekali gus menipu rakyat.     2. SPR menipu kerajaan sekali gus menipu rakyat.      3. Kerajaan dan SPR sama-sama berpakat menipu rakyat.                     4. Pembekal menipu kerajaan dan SPR untuk mendapat keuntungan besar.      5. Kerajaan, SPR dan pembekal sama-sama bersubahat.

Ekoran dari  isu dakwat kekal yang tidak kekal ini,  khabarnya SPR nak tubuhkan badan penyiasat khas. Maka dgn itu sesuai sangat dengan ungkapan ini, Pembelit siasat penipu !  kah,kah kah! -  rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan