Sumber : Sinar
Harian
JOHOR BAHRU -
Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk
menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang
dimenangi parti pemerintah. Penasihat
DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang
dan PR akan mengambil alih Putrajaya.
"BN sekarang ada
133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita
berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini
bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini,
semalam.
Menjelaskan
lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP
sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti
perkara itu. Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51
peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.
"BN dapat sokongan minoriti daripada undi
popular, Kita tunggu keputusan PRU13
diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita
jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi
BN,"
katanya.
Ditanya
mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR
yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah
kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran
ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan