Pada hari Isnin lalu selepas mengangkat sumpah sebagai
PM, Najib berkata kerajaan akan
melaksanakan usaha ke arah penyatuan nasional untuk menyatukan rakyat yang
dilihat berpecah pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Kah, kah, kah !!
Kesiannn… Najib buat-buat macam orang kelabu mata. Rakyat sebenarnya bukan
berpecah !, tetapi bersepakat dan bersatu diluar UMNO, kerana UMNO dilihat tidak lagi sesuai
berperanan sebagai parti teras atau tunjang. Rakyat sekarang sudah terima PAS
DAP dan PKR sebagai parti tunjang.
"Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan," katanya dalam posting di Twitter beliau hari semalam.
Mampukah Najib mengembalikan suasana harmoni seperti di
zaman Tunku, zaman Tun Razak dan zaman
Tun Husien ‘On suatu ketika dulu?
Mustahil, sangat mustahil,! Ini
disebabkan keperibadian Najib sendiri sangat lemah dan tercemar ! Ditambah pula beliau mewarisi sebuah kerajaan
yang teruk peninggalan Pak Lah dan Mahathir!
Kalau keadaan di dalam UMNO sendiri pun lintang pukang
sejak sekian lama, mana mungkin Najib boleh menyatu dan mengharmonikan semula
tiga kaum terbesar Melayu Cina dan India. Jalan yang ada hanya satu,,, iaitu
Najib bersedia mencampakkan jauh-jauh sikap ego UMNO,, kemudian dengan rasa
rendah diri akur dengan pelan perpaduan
yang telah dibina oleh Pakatan Rakyat. Bila kepentingan rakyat lebih diutamakan
dari kepentingan UMNO,, insyaAllah Negara akan selamat, maju, aman dan harmoni
- rahimothman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan