Sumber
: Sinar Harian.
KUALA LUMPUR - Pengundi Cina menjadi faktor kemenangan Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada tahun 1999 dan
tidak sepatutnya menyalahkan kaum itu sekiranya tidak kembali
menyokong BN pada PRU13.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, BN terhutang budi kepada pengundi Cina atas sokongan itu yang menyebabkan kemenangan BN pada PRU10.

“Saya terpaksa membuat keputusan tidak bersetuju
berlakunya ‘tsunami Cina’ pada PRU13 kerana perkara itu tidak benar
sekali dalam sudut apa pun,” katanya pada forum Pasca PRU13: Ke arah mana
politik Malaysia, Universiti Malaya, semalam.
Beliau berkata, jangan kita lupa bahawa pada 1999, pengundi Melayu juga tidak menyokong BN dan pengundi Cina yang menjadi penyelamat kepada BN.
“Siapa yang lupa siapa? Malah BN terhutang budi pada pengundi Cina pada 1999. Takkanlah orang merajuk sekali sudah putus edah dan putus kasih. Perlu muhasabah dan terima sahaja keputusan. Ini perkara biasa, menyaksikan kita berdepan undi Melayu pada 1999 dan akhirnya kita boleh perbaiki prestasi" katanya.
Saifuddin yang tewas di kerusi Parlimen Termerloh berkata, pada pilihan raya umum tahun 2008, BN juga kehilangan undi dari kaum India, namun berjaya meraih kembali sokongan kaum ini pada PRU13.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan