Khamis, 30 September 2010

ANGKARA PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG,.. KASIHAN WARGA EMAS PENAGA !

Photobucket

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah membuat penafian bahawa wang ehsan yang diberi kepada warga emas muslim bukan dari sumber haram, Lim Guan Eng bukan manusia bodoh sebagaimana kebanyakan pemimpin UMNO. Barangkali Guan Eng lebih banyak mengenali Islam jika dibanding orang UMNO sendiri. Bodohlah Lim Guan Eng jika sewenang-wenang memberi bola tanggung untuk dismash oleh UMNO.

Dalam isu yang sengaja dijaja dan dipanaskan oleh UMNO ini bekas Mufti Perlis Dr.Asri turut membuat kenyataan,….iaitu andainya benar sekali pun sumber wang ehsan yang diberi itu dari sumber haram, penerimanya tetap dianggap tidak menerima wang haram!. Beliau memberi alas an dan hujjah dengan panjang lebar. Kenapa UMNO Pulau Pinang tak sanggah hujjah dan pendapat bekas Mufti Perlis itu? Kenapa tidak ada seorang pun ulamak UMNO yang membantah?

Maka berbekalkan niat jahat yang semua orang sudah tahu, UMNO PP pun mulalah menyucuk dan memperbodohkan warga emas muslim Pulau Pinang. Media pengampu digunakan seluas-luasnya. Lalu,warga emas dari Penaga ( diwar-warkan 40 orang, tapi setelah dikira-kira tak sampai pun 8 orang) bertindaklah memulangkan wang ehsan RM100 tersebut. Yang cantiknya setiausaha UMNO Pulau Pinang sendiri yang kolek duit tu!. Boleh percaya ke? Silap-silap duit tu pergi ke lain. Kalau betul-betul nak pulangkan kan lebih baik serah sendiri kepada Lim Guan Eng atau wakilnya. Nampak sangat semua ini sudah di program oleh UMNO yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda, anak Merican dan Datuk Azhar anak Ibrahim.

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng tidak perlu panik. Bertindaklah dengan sabar dan berhemah. Minta pengesahan dan buat semakan apakah benar 40 warga emas itu bertindak demikian atau hanya cakap-cakap kosong saja. Mungkin juga semua itu hanya gertak atau lakunan semata-mata.

Kasihan pak cik dan mak cik yang kononnya 40 orang itu . Kalau benar mereka bertindak begitu, alangkah ruginya mereka, kerana mereka telah diperalatkan untuk tujuan politik UMNO. Selepas ini mungkin mereka akan disenaraihitamkan, dan jika diitakdirkan kerajaan Pulau Pinang berjaya memacu ekonominya lebih cemerlang tidak mustahil wang ehsan itu akan ditambah. Maka meloponglah warga emas-warga emas yang berkenaan.

Kita lihat saja drama apa pula yang akan dipentaskan oleh UMNO Pulau Pinang selepas ini.
Apa yang berlaku hari ini sedikit pun tidak mengejutkan kita kerana perangai UMNO satu dunia sudah tahu! Mereka sanggup buat apa saja untuk mencapai cita-cita politik. Agama Islam sendiri mereka sanggup gadai, apa lagi perkara yang lain.

Saya nak bertanya UMNO! sepanjang lebih 50 tahun berkuasa sudah berapa puluh lessen judi mereka luluskan? Sejak bila UMNO kenal halal haram? Tolong beri tahu dari sumber mana dan kemana semua hasil judi tersebut dibelanjakan. Gaji yang mereka terima selama hari ini adakah 100% dari sumber yang halal?

Kenapa tak berani menyanggah hujah yang dikeluarkan oleh Ustaz Asri bekas Mufti Perlis? Tak usahlah nak tunjuk jaguh dalam bab halal haram ini. Cerminlah diri sendiri dahulu. Jangan najis kuman diseberang laut nampak, najis gajah didepan mata buat-buat tak nampak!!.

Oleh : rahimothman

Selasa, 28 September 2010

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA, HILANG UMNO PASTI ADA PENGGANTINYA

Photobucket
Perhatikan .. seorang kelihatan melopong, macam ibu ayam kehilangan anak, seorang sedih sayu macam lanun hilang hasil rompakan, dan seorang ni pula gelak sakan macam …… baru kena lima kole. Boleh harap kah mereka ini membela nasib Melayu?

TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA ! – benar, insyaAllah Melayu tidak akan hilang didunia! kerana Melayu PAS dan PKR sentiasa ada, sentiasa gagah.
MELAYU ITU UMNO, UMNO ITU MELAYU ! tidak benar! tidak semua Melayu ahli UMNO
MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU! tidak benar! Sebab bukan semua Melayu mengamalkan Islam, malah ada Melayu yang sudah murtad.

ADAKAH UMNO AKAN MATI ? – benar, setiap yang bernyawa akan mati. UMNO juga akan mati kerana nyawanya kini tinggal nyawa-nyawa ikan.
ADAKAH UMNO AKAN BERKUBUR ? – tidak benar, kerana UMNO sebenarnya mati tak berkubur!

Matinya UMNO mati yang hina, kerana menerima celaan dan kutukan oleh orang Melayu sendiri, terutama Melayu yang taat kepada syariat Islam. Matinya UMNO mati yang tidak berkapan ! Matinya UMNO mati yang tidak disembahyangkan! kerana UMNO bukan penganut Islam sebenar ! Islam UMNO hanya pada kulit. Yang lebih dasyat Umno telah peralatkan Islam, UMNO perintah Islam !. Islam dipaksa ikut perintah UMNO,

Sedarlah wahai umat Melayu umat Muhammad. Kenapa Allah turunkan bala yang berterusan dan silih berganti di bumi Malaysia ini. Tidakkah kita mahu menginsafi dan mengambil iktibar? Sampai bila kita mahu menjadi juara dalam hal-hal yang memalu, memilu dan menjijikkan?

Sebut saja dalam bidang apa ! Malaysia atau Melayu mesti menjadi juara!!
Jenayah! dan jenayah kejam!.. paling dasyat! Terutama sejak akhir-akhir ini!
Penagihan dadah !! anak Melayu top list,.. teratas, nombor wahid.
Perbuatan zina remaja Melayu ! kian menjadi-jadi, bagai tak boleh dibendung lagi.
Kejadian buang bayi ! juga menjadi-jadi , sama naik dengan zina !!!
Kehidupan sosial yang melampau!.. sudah dianggap biasa!, mak bapak tak ambil pusing.
Kemungkaran terhadap agama !! dipandang sebelah mata. Ada ulamak pun ulamak bisu!!

Memang sah ! UMNO telah mengkhianati amanah dan harapan bangsanya.
Confirm !! UMNO tak layak dan tak mampu hendak membawa bangsanya menuju kejayaan, menuju jalan kebenaran dunia dan akhirat.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama umat Melayu! tunggu apa lagi ! Buktikan dalam PRU yang kian hampir tak lama lagi. Buktikan bahawa kita mahu sebuah kerajaan yang baru !! Bukan kerajaan UMNOBN yang semakin hari semakin lemah, semakin menyiksa hidup rakyat !!

Oleh : rahimothman

DALAM PKR ! MASIH ADA VIRUS UMNO

Photobucket


Nampaknya Pemilihan PKR 2010 ini tak kurang panasnya macam pemilihan UMNO. Perkara-perkara negatif yang terdapat dalam pemilihan UMNO masih kelihatan berlaku dalam pemilihan PKR kali ini dan ada segelintirnya cuba membuat kecuh dan mengeruhkan perjalanan mesyuarat. Ini amat dikesali dan mendukacitakan.

Diantara perkara negatif yang tak mahu kita lihat tapi sudah pun berlaku,..contoh,.. menceritakan kelemahan orang lain, menyentuh soal-soal peribadi, kondem pemimpin , mengungkit sejarah penubuhan parti dan lebih buruk lagi yang bercakap sesuatu yang tak sepatutnya!.. Malang seribu kali malang andainya nanti ada yang beranggap PKR adalah sebuah parti jelmaan UMNO!! Ini yang sangat-sangat perlu dielakkan!!

Walaupun politik wang belum menunjukkan tanda-tanda tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku!.. maklumlah, bekas ahli UMNO, sedikit sebanyak virusnya masih ada. Saya sarankan jika ada ahli PKR yang masih gian nak berpolitik cara UMNO, segeralah keluar parti. Ikutlah contoh Ezam, Lokman dan yang lain-lain tu! InsyaAllah anda akan dapat keuntungan jangka pendik untuk diri sendiri, bukan untuk agama,bangsa dan Negara.

Kepada ahli PKR yang masih teguh prinsip dan tebal semangat refomasi nya bersabarlah!! Kuatkan iman! Bertanyalah kepada PAS,,yang sudah lebih 50 tahun bertapak tapi semangat perjuangan sedikitpun tak luntur! malah semangat ukhwah semakin kental dan segar! Politik wang tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan PAS. Bertanyalah mereka apa rahsianya?

Banyak perkara baik yang boleh dipelajari dari PAS. Ambil dan praktikkanlah! Tentang menghadapi suasana pertandingan dan pemilihan,. contohilah PAS.
Keikhlasan, kejujuran dan kesopanan dalam menghadapi suasana dan mood pertandingan amat dijaga. Mereka kelihatan lebih sabar, tenang dan sentiasa redha di atas segala apa juga keputusan.

Susah sangat kah nak meninggal perangai buruk orang UMNO. Sia-sia menjadi ahli PKR, jika perubahan yang hendak dibawa oleh parti dipermain atau cuba dihangat-hangat taik ayamkan. Kalau begitu sikap anda adalah lebih baik anda terjun semula kedalam tong najis itu (UMNO) daripada menyusahkan parti di belakang hari!

Oleh : rahimothman

Sabtu, 25 September 2010

MANUSIA DI MALAYSIA SEMAKIN GILA !! PEMBUNUHAN KEJAM MENJADI-JADI!! Apakah puncanya??

Photobucket


Rakyat Malaysia tak kira orang kaya, orang miskin, orang kenamaan atau orang biasa, tua atau muda, kanak-kanak mau pun bayi tidak selamat lagi tinggal dibumi Malaysia ini. Saban hari kita digemparkan dengan berita- berita pembunuhan kejam!! yang menakutkan ! mengerikan !!

Terbaru 30 Ogos 2010… Pembunuhan kejam Dato’ Sosilawati Lawiya, jutawan kosmetik bersama 3 rakan di Banting. Keempat-empat mereka disiksa, dibunuh dan dibakar, lalu abu mayat dibuang kelaut !! Huh! zalimnya! Apakah jenis manusianya yang sebegini kejam? !! Perbuatan mereka tak pernah terfikir dalam kotak pemikiran kita!

Kita imbau kembali kes-kes pembunuhan kejam terdahulu. Antaranya…

2/7/ 1993 - Pembunuhan Dato’ Mazlan Idris, ADUN Batu Talam, di daerah Raub Pahang. Amat sedih dan menyayat kerana mayat mangsa telah dikerat 18 . Mona Fendi, suaminya Affendi dan Juraimi pembantunya telah pun menerima hukuman gantung sampai mati pada 2 Nov.2001. Punca kejadian,.. kerana harta dan wang.

17/6/2003 - Mayat Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya..
Beliau telah dirogol, dibunuh dan dibakar hingga rentong. Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Punca kejadian,.. nafsu dan kebodohan !

19/10/ 2006 – Penjenayah / polis menembak mati Altantuya kemudian mayatnya letupkan dengan bahan letupan C4. Amat sedih dan menyayat hati apabila badan Altantuya hancur berkecai. Orang yang mengarahkan pembunuhan dan letupan itu masih selamat… Dua anggota polis telah dikambing hitamkan, dan kononnya telah dihukum gantung ??!!! Punca kejadian.. kerana kuasa dan wang!!

17/9/2007 - Nurin Jazlin Jazimin hilang diculik sejak 20 Ogos 2007 akhirnya mayat ditemui pada 17/9/2007. Adik Nurin Jazlin Jazimin – disahkan telah dirogol dan dibunuh. Mayat diletak di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan di Petaling Jaya. Fizikal mayat amat menyedihkan sehingga tidak dapat dikenali oleh keluarga sendiri.

26/4/2010 – Aminulrasyid Amzah pelajar berusia 15 tahun mati di tembak polis tepat dibelakang kepala hanya kerana disyaki penjenayah. Tempat kejadian,.. Seksyen 11 Shah Alam. Banyak pihak mendesak agar mangsa dan keluarga diberikan hak dan pembelaan. Masih belum ada kedengaran apa-apa dari pihak PDRM mahupun kerajaan!

2/5/2010 -Satu pembunuhan kejam telah berlaku ke atas seorang wanita, Suhana Mohd Shariff 26, . dekat Kota Tanah, Alor Star Kedah. Beliau ditikam 7 kali di perut oleh rakan baiknya sendiri, dengan sebilah pisau pemotong sayur. Punca kejadian – kerana wang.

15/8/2010 - Seorang perempuan warga emas, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian, disamun dan dibunuh dalam rumah sendiri - di Kg.Teluk Mak Acheh, Yan Kedah. Punca kejadian – rompakan dan wang.


Memetik sedikit kata-kata Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad, ketika mengulas pembunuhan kes Dato’ Sosilawati dan tiga lagi baru-baru ini…
“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat. Tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya.

“Hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.” katanya lagi,

Menurut Sheikh Muhamad Baderudin lagi,.. manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup membunuh semata-mata merebut harta dan kekayaan.

Lain-lain faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya dendam dan hasad dengki, tekanan hidup, gila harta dan gila kuasa. Hidup kita hari ini sudah hilang nilai-nilai murni serta nilai-nilai agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil.

Perbuatan jenayah kejam yang banyak dipaparkan di dada-dada akhbar hari ini menunjukkan realiti kepincangan masyarakat masa kini. Kerajaan bukan saja harus! tetapi wajib ! lakukan sesuatu !. Pihak polis mesti lebih fokus .. Jangan asyik mabuk membuat kerja-kerja remeh seperti menangkap rakyat tak bersalah dalam demonstrasi aman! atau mengganggu ceramah parti-parti politik! yang langsung tidak ada kena mengena dengan jenayah!!

Kalau Kerajaan BN sudah tidak mampu lagi berbuat sesuatu untuk kesejahteraan rakyat silalah angkat bendera putih !! Serah kuasa kepada kerajaan yang baru ! Kita lihat kemampuan, kita lihat perubahan ! Kita lihat pembaharuan yang hendak dibawa!

Oleh : rahimothman

Khamis, 23 September 2010

NASIHAT BUAT DATO' ZAID IBRAHIM

Photobucket

Ini pesanan ikhlas dari saya STS, buat Dato’ Zaid Ibrahim yang masih saya sanjung.Dalam masa kita asyik melayani kerenah dan suasana sebelum bertanding, kadang-kadang sebagai insan biasa, insan yang lemah,..kita terbabas atau tersasar, tapi masih belum terlambat untuk menyedari kesilapan !

Nasihat 1 : Jangan lupa diri! jangan mudah melatah, Berhati-hati setiap tindakan dan kata-kata. Jangan sampai terlajak bahasa !. Khayati prinsip perjuangan parti !. dan pertahankan prinsip !! Bersangka baik sesama pemimpin! Hormati setiap pemimpin, terutama orang lama ! pemimpin veteran!. Kalau tidak ada yang lama masakan boleh ada yang baru!. Dato’ sudah dikenali sebagai seorang ahli politik yang cekal dan berprinsip!. Jangan rosakkan anggapan itu dengan perkara remeh temeh tapi boleh memberi kesan negatif jangka panjang kepada parti dan diri Dato’ sendiri !!

Nasihat 2 : Ketokohan Dato’ sebagai pemimpin tak mungkin boleh dinafikan.Tahniah! kerana setelah meninggalkan UMNO, Dato’ sudi berjuang bersama-sama PKR yang mana semua tahu, PKR membawa visi dan misi perjuangan baru yang jauh lebih baik dari mana-mana parti terutama UMNO. Ramai diluar sana yang amat mengalu-ngalukan kehadiran Dato’ dalam saf kepimpinan PKR. Tapi Dato’ kena ingat!. Dato’ masih baru dalam parti. Dato’ perlu lebih banyak sabar ! Dato’ tidak perlu gelojoh!

Ditakdirkan Dato’ menyertai pertandingan merebut jawatan, bertandinglah secara sihat! Tonjolkan kualiti kepimpinan yang ada di dalam diri, tanpa menyebut sedikitpun kelemahan orang lain ! Dan tidak kurang penting juga Jangan ada menyimpan walau sedikit pun rasa ego! kerana keegoan itu akhirnya akan menenggelamkan diri sendiri !

Nasihat 3 : Jadikan keburukan UMNO sebagai contoh terbaik untuk ditauladani! Jangan pisang berbuah dua kali. Adalah sangat merugikan jika tabiat buruk pemimpin UMNO masih terbawa-bawa. Lupakan terus ! Jangan jadi seperti kata pepatah Melayu…”Anjing kalau dah biasa makan tahi!................................dicium ada juga”

Apa-apa pun percayalah! yakinlah!, ramai diluar sana yang mengharapkan agar Dato’ Zaid Ibrahim akan menjadi salah seorang pemimpin yang berdedikasi, terbaik dan unggul !!,

Oleh : rahimothman

Rabu, 22 September 2010

ORANG BUANGAN MASIH NAK MELOBI ? Sama macam YB Zul.. PAS dah singkir masih mengaku ahli

Photobucket
Jenapala Perumal Subaan & Zulkifli Nordin


ORANG INI P.S JENAPALA DAH KENA SINGKIR DARI PKR SEJAK FEB.2009 TAHUN LEPAS LAGI. BELIAU DIPECAT KERANA MELANGGAR DISIPLIN PARTI. BELIAU TELAH MENGKHIANATI PARTI.

KINI BILA SAAD-SAAD PEMILIHAN PARTI, TIBA-TIBA PULA DIA MUNCUL !! MENGAKU PULAK MASIH JADI AHLI !.. EH! EH! ADA HATI PULAK NAK JADI CALUN TIMBALAN PRESIDEN PKR!!! HUH! HEBATNYA DIA!

SETELAH SETAHUN LEBIH DUDUK DILUAR PARTI TENTU BANYAK CERITA-CERITA MENARIK YANG DIKARANGNYA!!. KITA DENGAR SAJA LAH. ADAT ORANG TERSINGKIR,… BEGITULAH !!..

PERANGAI DAN TINDAK TANDUKNYA,.. SEBIJIK SAMA MACAM SI ZUL KATAK,.. DIMANA SETELAH DIPECAT DARI PARTI SATU KETIKA DULU – MULALAH DIA MEMBURUK-BURUKKAN BEKAS PARTINYA, DARI HUJUNG KAKI SAMPAI HUJUNG RAMBUT,,.. YANG BAIK LANGSUNG DIATAK MAHU SEBUT. TENTANG KEAHLIAN PARTI,,..BELIAU SUDAH TERLUCUT KEAHLIAN SEBAGAI AHLI PAS, TAPI MENGAKU MASIH MENJADI AHLI!!

APA JENIS MAKHLUK KEDUA-DUA NI !! DASAR MUKA TAK MALU,… BIBIR TAK MANCUNG GIGI TERSORONG-SORONG!!

Oleh : rahimothman

Selasa, 21 September 2010

US.KAMAL @ NATHAN DAH PELUK ISLAM ?

Photobucket

Tahniah UMNO!, tahniah MAIS, tahniah JAIS !!!?

Kerana senyap-senyap telah mengislamkan Kamalanathan ! @ Ustaz Kamal !!? – Ahli Parleman Hulu Selangor yang baru tu !!!....Kalau tidak masakan YB dari MIC itu senang-senang boleh masuk kedalam masjid !! (seperti dalam gambar)

Patut le masa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dulu, dengan selamba UMNO buat majlis bacaan Yasin, Doa dan Solat Hajat di masjid Ar-Rahimmah Kuala Kubu Bharu untuk kemenangan calun mereka! …. Ooo dah masuk Islam rupanya Si Kamal ni !!.. Baru le kami TAK FAHAM!!! …. Sepatutnya Pengarah JAIS turut sama dalam majlis tu ye? Tapi tak ada pulak!!

Hmm ! hmm ! Baru le teman tauuu. Tapi kenapa tak bagi tahu awal-awal ye? Benda baik elok sangat kalau dihebahkan !! ini tidak!! Main sorok-sorok pulak ! Kenapa ye??

Wahai orang-orang UMNO, orang BN, orang JAIS, orang MAIS … Sila jawab !.. Jawab! Jangan tak jawab !!! Kami nak dengar!.. kami nak lihat bukti sahih!.
Tunjukkan nas atau dalilnya yang membolehkan Si Kamalanathan ni masuk masjid !

Pelik ye?,.. tapi tidak menghairankan !! tiba-tiba saja peraturan atau arahan JAIS boleh berubah !!! Kepada orang-orang Melayu di Selangor,.. tak kira le anda UMNO ke, bukan UMNO ke, harap boleh faham maksud tulisan teman ni ye!! Maklumlah bahasa teman kali ni macam sindir-sindiran aje !!

Oleh : rahimothman

Ahad, 19 September 2010

Setelah 6 Perdana Menteri berlalu, akhirnya UMNO hanya…. BERKAWAN DENGAN BABUN

Photobucket

Dulu lain, sekarang lain. Dulu orang Melayu mudah digula-gulakan oleh pemimpin UMNO, sekarang tidak lagi ! Orang Melayu dah tahu gula-gula yang manis bak madu itu rupa-rupanya mengandungi ramuan ganja atau dadah.

Kedua-dua bahan khayal ini akhirnya tetap akan menjadi pembunuh!! Bermakna Melayu sudah tidak punya masa depan lagi kerana telah telah dibunuh oleh bangsanya sendiri (melayu Umno). Inilah yang sedang dihadapi oleh orang-orang Melayu sekarang!

Ingat!! Wahai orang-orang Melayu ! Bukan bermakna bila UMNO mati, orang Melayu akan turut berkubur. Tidak sekali-kali!... kerana kepimpinan Melayu dari PAS dan PKR bersama DAP telah terbukti jauh lebih hebat dari pemimpin UMNO. Mereka lebih berintegriti, ikhlas dan bertanggung jawab !

Syukur kepada Allah ….dan syabas ! kepada orang-orang Melayu yang telah mula menerima keinsafan dan kesedaran tentang masa depan agama dan bangsanya sendiri !!

Kepada yang masih belum insaf, insaflah segera. Bermuhasabahlah ! Jadilah bangsa Melayu bangsa yang beriman dan bertaqwa!.. bukan bangsa Melayu yang tamak haloba, sombong! bongkak! rakus berkuasa, agama sendiri yakni Islam dipersenda!!

Ketika ini walaupun umat Melayu terutama jenerasi mudanya telah rosak dek kerana kebebasan sosial dan gejala dadah, keadaan masih belum terlambat untuk kita mengubah keadaan. Carilah kiblat yang baru. Janganlah lagi mengharap kepada pimpinan UMNO untuk mengubah dan berubah, kerana sememangnya UMNO takkan mahu berubah.

Selagi fahaman Asabbiyah tidak dibuang , selagi itulah UMNO tidak berubah, selagi Islam tidak dijadikan asas perjuangan selagi itulah UMNO berada di belakang arus perdana kebangkitan umat Melayu yang cintakan Islam!… Takkan orang-orang Melayu Islam masih mahu dipimpin oleh pemimpin UMNO yang bersifat munafik dan hipokrit!!, malah menentang syariah Islam ? Takkan Melayu masih mahu berada dalam kerosakan atau mahu terus dirosakkan ?

Lihatlah sekarang! Umno sama Umno asyik berbalah, Umno dengan PERKASA telah mula bersengketa. Masing-masing mendakwa aku lebih berpengaruh !!. Ahli-ahli Gerakan dan MCA telah menjarakkan diri dari UMNO!.

Dengan siapa lagi Umno mahu berkawan? Barangkali yang mahu berkawan dan teringin menjadi ahli Umno mungkin .. BABUN! atau orang utan di Serawak!! Tapi rasa-rasanya orang utan pun tak sudi!!


Oleh : rahimothman

Sabtu, 18 September 2010

SIAPA SEBENARNYA SI PENJANAYAH YANG ZALIM INI ? Negara kehilangan seorang dermawan! dan tiga lagi insan tidak berdosa!!

Photobucket

Si Zalim ini bukan manusia, juga bukan binatang… Beliau layak sekali digelar “Syaitan berkepala empat berwajah manusia!!” sebab kita tak dapat gambarkan betapa busuk, betapa kotor, betapa jahat dan zalimnya perbuatan beliau terhadap keempat-empat mangsa.

Dalam hati kita tentu bertanya… Siapakah manusia zalim ini sebenarnya? Apakah latar belakang beliau dan balaci-balacinya yang telah melakukan seluruh penyiksaan itu? Adakah mereka tidak punya keluarga, tidak punya bapa, ibu, isteri atau anak?.. kerana dari perbuatan yang maha zalim itu, jelas perasaan kasih sayang dan keperimanusiaannya langsung tidak ada!!

Dan layakkah suspek utama ini menjadi seorang peguam? Atau apakah benar beliau seorang peguam? atau peguam palsu sebagaimana gelaran Dato’ yang pernah dibelinya? Apa pula pendirian Majlis Peguam dalam isu ini? Rakyat masih tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu jawapannya.

Rakyat Malaysia sebenar amat terharu sekali !! bila mengenangkan Dato’ Sosilawati bukan saja seorang hartawan, malah seorang dermawan!
Selama ini sikap pemurah beliau tidak pernah digembar-gemburkan. Rupa-rupanya tangan kirinya tak tahu tangan kanannya telah memberi .… satu sifat yang amat mulia dan terpuji.

Dato’ Sosilawati bersama tiga lagi lelaki, kini sah telah mati terkorban dalam keadaan yang amat tersiksa ! kejam! dan menyedihkan.!! Mendengar saja kita sudah merasa takut dan ngeri!, belum lagi melihat!.

Semoga suspek utama serta orang-orang suruhannya yang terlibat akan diheret kemuka pengadilan. Kita merasakan hukuman di tali gantung belum cukup adil!. Sebab, siksa yang dialami oleh mangsa takkan sama kehilangan nyawa ditali gantung!!

Oleh : rahimothman – 19/9/10

Jumaat, 17 September 2010

MAHATHIR KETAKUTAN !! ... Jika PR memerintah habis semua kerja busuknya terbongkar!

Photobucket

Menurut Mahathir, walau apapun alasan, Melayu wajib bersatu di bawah Umno!. Hanya UMNO yang berhak memegang kuasa!. UMNO ialah tuan!,hanya UMNO yang layak memerintah!, hanya UMNO yang boleh membawa negara Malaysia maju!. Selain dari UMNO yang memerintah, negara ini tidak akan maju.

Itulah diantaranya,.. kata-kata keramat, kata-kata puaka,.. kata-kata khurafat yang telah disemai dan diresap kedalam pemikiran pemimpin dan pengikut-pengikut UMNO ! sejak dulu dan kini!. Tak ada lagi istilah "selama-lamanya!" (kerana UMNO akan menemui ajal!)

Selama ini Mahathir dan UMNO tak jemu-jemu mengatakan mereka adalah pejuang bangsa, pejuang agama dan negara. Mereka menganggap bangsa Melayu lebih mulia dari bangsa lain! Malah mereka sanggup meletakkan bangsa Melayu lebih tinggi dari martabat Islam! Ini terbukti apabila banyaknya hukum-hukum dan syariah Islam diketepikan!

Astaghfirullahhal’azim!! Sampai macam itu sekali !! Jadi apa lagi yang boleh diharap kepada UMNO? Melayu itu Islam, Islam itu Melayu seperti yang mereka war-warkan amat tidak menepati, malah songsang!!

Hukum Islam mereka buat acuh tak acuh, sekali ikut, sekali tidak, separuh ikut, separuh tidak. Mereka mahu Islam ikut kehendak mereka! wajarkah? Semestinya Islam yang memerintah!! Bukan diperintah!!

Hari ini Mahathir begitu lantang seolah-olah hendak mengugut orang Melayu supaya bersatu di bawah Umno. Selain dari penyatuan dalam UMNO, seolah-olah Melayu tidak boleh bersatu, padahal, PAS juga bersatu, PKR juga bersatu, malah kedua-duanya telah bersatu dalam satu himpunan atau pakatan yang lebih besar iaitu PAKATAN RAKYAT.

Terbaru !.. sementara UMNO belum benar-benar tenggelam Mahathir dan Ibrahim Ali telah membina sebuah kapal baru yang dinamakan “PERKASA”, sebuah badan NGO Melayu yang tidak dapat lari dari bau-bau perkauman. Barangkali semua penumpang kapal UMNO akan dipindahkan ke dalam kapal PERKASA sedikit hari lagi!. Kita lihat perkembangannya nanti........

Mahathir kata orang-orang Melayu akan hilang kuasa politik jika tidak menyokong UMNO ! Ooo Tidak !!. Orang Melayu tak akan hilang kuasa kerana PAS ada !.. Yang hilang cuma Bahtera UMNO yang telah reput, itu saja. Biarkanlah bahtera UMNO karam dan tenggelam !!. Tenggelamlah kamu wahai UMNO dan jadilah kamu penghuni tetap di perut laut Cina Selatan,... Parti yang sombong, bongkak! gelojoh, rakus dan zalim memang wajar menerima balasan!!

Apabila giliran PAS menang menjadi kenyataan ! Melayu akan bersatu bersama PAS, Melayu akan menang bersama Islam !! ... PAS sudah bersedia menggantikan UMNO. Orang Melayu tak perlu risau dan takut!. PAS akan membela nasib orang Melayu, PAS akan membawa orang Melayu kesatu distinasi yang lebih cemerlang.!! Bersama PKR dan DAP Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan Pakatan Rakyat!

Berbalik kepada Dr Mahathir.. mengenai isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang baru-baru ini,..yang juak-juak UMNO selewengkan... Mahathir dengan serius membantah tindakan khatib yang mendoakan semoga Allah beri hidayah buat Lim Guang Eng !!... Lalu keluarlah kenyataan bodoh dan dangkal dari kepala hotak Mahathir!,,.. Katanya.. “ Perbuatan tersebut telah mencemarkan Islam!,..Tidak mustahil, Islam bukan lagi agama rasmi Malaysia satu masa nanti !! ” Aduhh !! satu tuduhan yang tidak berasas, buruk, lagi jahat!!.

Tidakkah Dr Mahathir sedar bahawa selama 53 tahun UMNO memerintah, Islam telah diperkotak-katik oleh mereka sendiri?. Jadi isu yang cuba dihebuh-hebuhkan itu tak relevan langsung !! Mujur! rakyat Malaysia yang bersih hati dan jiwa tidak melatah ! mereka faham!. Kecuali beberapa kerat orang UMNO yang teringin sangat nak menari ikut Mahathir!

Nampaknya, ramai pemimpin UMNO sekarang ini cakap mengarut dan merapu. Tun Dr Mahathir turut merapu dan sengaja mencari isu. Mahathir sengaja memekakkan telinga dan buat pekak badak. Beliau buat-buat tak faham dengan senario politik negara ketika ini.

Yang pasti disaat ini Mahathir teramat takut sebenarnya. Mimpi ngeri sentiasa mendatanginya! Andainya Pakatan Rakyat memerintah habislah aku !!

Oleh : rahimothman

Selasa, 14 September 2010

SIASAT BETUL-BETUL !!,.. SIASAT!!.. JANGAN TAK SIASAT !!

Photobucket

Rakyat mahu PDRM bermaruah! berintegriti! cekap ! telus dan adil ! Kepada KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar!..bermulalah dari sekarang!! Ayuh Tan Sri!. Tegakkan keadilan. Rakyat tidak mahu lagi berlaku seperti yang lepas-lepas. Tiada siasatan,! Tiada dakwaan! Ada siasatan, tapi terpilih... ada dakwaan, tapi terpilih!!

Untuk kali ini dan masa-masa mendatang, buatlah perubahan drastik. Hormati Raja dan jaga imej PDRM. Demi tugas yang murni,..lakukan yang terbaik dengan jujur dan amanah. Bebaskan diri dari gangguan pihak luar terutama cengkaman kuasa politik!!

1. Siasat betul-betul apakah benar dakwaan Musa Hasan bahawa ada campor tangan KDN dalam pengurusan PDRM?. Apa yang dimaksud oleh Musa itu mungkin luas,.. Rakyat nak tahu lebih detail... ini termasuk kes-kes siasatan polis terdahulu yang berprofil tinggi seperti kes pembunuhan Altantuya,kes kematian Teoh Beng Hock, kes fitnah liwat DS Anuar, kes pemecatan hakim, kes pita video Linggam, kes polis tembak orang awam, kes tahanan mati dalam lokap dan banyak lagi kes rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan pemimpin UMNO /BN

2. Siasat betul-betul Suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan 3 yang lain... Kenapa laporan-laporan polis yang terdahulu yang melibatkan suspek bergelar “Dato’” ini tergantung atau tidak selesai? Adakah pihak Polis menerima halangan dan tekanan dari pihak tertentu? sebagaimana yang didedah oleh Musa Hasan?

3. Siasat betul-betul status gelaran “Dato’ ” suspek kes bunuh Sosilawati dan 3 yang lain. Adakah gelaran itu sah atau sebaliknya. Tak kira sah atau tidak,.. apakah kemungkinan gelaran Dato’ yang dimiliki telah menyelamatkan beliau dari siasatan pihak polis sebelum ini? Jangan buat rakyat terus bosan, menyampah dan benci pada PDRM !!

Oleh : rahimothman

Isnin, 13 September 2010

PEMBUNUHAN KEJAM !!.......

Photobucket

DiPUKUL HINGGA MATI, KEMUDIAN DIBAKAR SAMPAI JADI ABU

Kita dikejutkan satu lagi siri pembunuhan kejam
12 Sept. 2010 — Pembunuhan usahawan muda Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas keempat-empat mereka dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang kedalam sungai dekat Tanjong Sepat Banting Selangor.

Dengan ini misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu sejak 30 Ogos lalu telah terjawab. Motif kejadian tragis ini, berkemungkinan besar menjurus kepada persaingan dalam perniagaan atau masaalah dalam perniagaan, yang melibatkan Sosilawati dan rakan seperniagaan.

Turut dibunuh bersama Sosilawati ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad 38, dan peguam peribadi Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, kesemua suspek telah mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum mereka dipukul sehingga mati. Mayat mereka dibakar, dan abu mayat dicampak kedalam sungai berdekatan.

Amat mengejutkan ! seorang peguam bergelar “Datuk” berusia 41 tahun yang dikenali ramai di Daerah ini telah ditahan bersama adik lelakinya, serta enam yang lain termasuk dua wanita. Dengan tertangkapnya suspek, besar kemungkinan beberapa kebuntuan kes jenayah sebelum ini dapat dirungkai.

Tetapi soalnya kenapa kes-kes sebegini yang berlaku sebelum ini, dimana melibatkan ahli perniagaan atau orang kenamaan begitu sukar dikesan sehingga mangsa hilang lenyap begitu sahaja ! Apakah gelaran dato’ telah melindungi mereka selama ini? sehingga siasatan tersekat ditengah jalan? atau tak dapat nak diteruskan? Hanya pihak polis ada jawapannya !!

Sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia amat merasa sedih dan marah diatas perbuatan si penjenayah yang amat zalim dan kejam itu. Kita harap pihak berwajib akan mengheret mereka kemuka pengadilan. Mudah-mudahan nyawa akan dibayar dengan nyawa!! Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat. Rakyat Malaysia mengiringi kehilangan mereka dengan rasa sedih dan pilu!. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Peristiwa ngeri dan menyayat hati ini telah mengingatkan kita kepada beberapa kes pembunuhan kejam terdahulu.
Antaranya,....Kes pembunuhan Datok Mazlan ADUN Batu Talam Pahang, yang mayatnya dikerat 16.... Kes rogol dan bunuh penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang mayatnya turut dibakar.
Kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu pada 2006 dimana mayatnya berkecai setelah diletup dengan menggunakan bom bekuasa tinggi.

Nampaknya rakyat Malaysia, walau berada di negara sendiri, rupa-rupanya masih belum selamat ! Waspada lah selalu wahai rakyat Malaysia!! Kecelakaan dan maut sentiasa menunggu atau mencari kita!

Oleh : rahimothman

Ahad, 12 September 2010

LIHAT CERMIN ! LAYAKKAH MENJADI PEMIMPIN BERTAQWA?

Photobucket

PERKASA : RAMAI PEMIMPIN RECYCLE, IBRAHIM BUAT LUCU

Tak perlu diperkenalkan lagi,...Orang kuat atau Pengasas PERKASA sebuah badan NGO 100% Melayu, ialah Ibrahim Ali Al Kataki. Gelaran Al Kataki diberi disebabkan tabi’atnya yang suka melompat parti. Setelah terbuang dari UMNO beliau sebenarnya ingin mencari tapak baru untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan. Tidak ada mana-mana parti politik yang sudi menerimanya.

Maka akhirnya PERKASA ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum 2008 dan mesyuarat Agong pertama telah dijalankan pada 27 Mac 2010 yang lalu. Matlamat penubuhannya mungkin untuk bersaing dengan UMNO atau atau mengganti UMNO dalam memperjuangkan kedudukan dan hak-hak orang Melayu.

Sebahagian besar ahli-ahli PERKASA ialah ahli UMNO dan atau bekas ahli UMNO yang tersisih dari barisan kepimpinan parti UMNO. Sekadar mengambil beberapa contoh …… Ibrahim Ali yang menjadi Presiden PERKASA adalah bekas ahli UMNO yang telah dipecat keahliannya, kini tidak berparti lagi. Tun Dr.Mahathir, selaku Penaung… adalah ahli UMNO yang pernah keluar parti kemudian masuk balik ke dalam UMNO dan kini suaranya tak berapa nak laku lagi.

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden PERKASA, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.
Dua naib presidennya,.. Wajidi Dusuki merupakan calun UMNO yang pernah tewas dikerusi Parleman Tumpat pada pilihan raya umum lalu manakala seorang lagi Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. .

Shuib Lazim yang memegang jawatan Bendahari Agong PERKASA *adalah bekas bekas ahli Parlimen Sungai Petani yang kini tidak lagi diperlukan oleh Umno Kedah. Manakala , Ruslan Kassim yang memegang Ketua Penerangan adalah bekas pemimpin Umno dan bekas pemimpin PKR yang melompat dari PKR masuk semula kedalam UMNO. Sebahagian besar ahli jawatankuasa PERKASA sah terdiri daripada ahli-ahli Umno yang pernah menjadi pemimpin di peringkat bahagian. Pemimpin yang dah tak laku! Pemimpin yang rendah moral. Pemimpin usang !.. Pemimpin Recycle !

Matlamat penubuhan PERKASA , seperti disebut awal tadi …. ialah memperjuangkan hak-hak Melayu dan kepentingan orang Melayu. Sehubungan itu, sahlah bahawa PERKASA tidak lagi mengiktiraf UMNO yang juga memperjuang nasib bangsa Melayu. Kini seolah-olah UMNO telah terbelah tiga. Kumpulan pertama lari meninggalkan UMNO masuk PKR, kumpulan kedua lari meninggalkan UMNO masuk PERKASA dan kumpulan ketiga, yang kekal menyokong kedua-duanya iaitu UMNO dan PERKASA.

PERKASA sebenarnya memang sangat-sangat memerlukan sokongan orang Melayu !! tetapi bolehkah? Mampukah mereka?.. Tak semudah itu! Orang Melayu jenis mana yang mereka harapkan?.. Nak menarik orang Melayu dari PAS?.. jauh sekali..dari PKR ? juga tipis!! Yang pasti PERKASA hanya menjadi teratak hinggap atau dahan berpaut sementara buat ahli-ahli UMNO yang kecewa atau yang membawa diri.

PERKASA mungkin boleh mengharapkan sokongan dari ahli-ahli baru yang belum terlibat dengan mana-mana parti politik, atau dari mereka yang sememangnya menentang semua parti politik yang sedia wujud hari ini. Soalnya, mampukah PERKASA melebarkan sayap dan pengaruhnya dalam keadaan UMNO sendiri tidak merestui tindak-tanduk mereka?.

Memandangkan sifat PERKASA yang tersangat ekstrim dan berbau perkauman, tak dapat dinafikan terdapat segulungan kaum Melayu yang tidak menyokong. Apatah lagi dikalangan kaum bukan Melayu. Kini sudah ada kedengaran suara-suara protes.

Seperkara lagi,….. sebagai sebuah badan NGO sepatutnya segala tindakan PERKASA tidak berbau politik! Tetapi hakikat sebenarnya tidak begitu ! Oleh kerana sebahagian besar ahlinya bekas ahli politik UMNO, tak dapat tidak, tindak tanduk mereka memang jelas kelihatan condong kearah politik dan berbau politik!

Hari ini kita sudah nampak, UMNO dan PERKASA sedang berlumba-lumba untuk mencari sokongan dan pengaruh dari orang Melayu! … dan tidak mustahil akhirnya PERKASA akan bertukar menjadi sebuah parti politik !.. yang barangkali itulah diharap-harap menjadi pengganti kepada UMNO.

Terkenangkan kenyataan Ibrahim Ali baru-baru ini, kita merasa sedikit lucu !! Beliau mahu PERKASA melahirkan pemimpin yang bermoral tinggi dan bertaqwa kepada Allah. Wah ! cantik dan hebat bunyinya! Tetapi hakikatnya, apakah pemimpin-pemimpin PERKASA ketika ini bermoral ? Lebih-lebih lagi Presidennya yang kaya dengan sifat-sifat munafiq dan hipokrit ! Menjadi seorang Wakil Rakyat Bebas yang bersifat pembelot!, membelakangkan kepercayaan dan harapan majoriti pengundi-pengundinya di Pasir Mas !! Bermaruah dan bermoralkah Ibrahim Ali?..... Jauh sekali ! Kalau di dalam sembahyang apa hukumnya apabila makmum ragu-ragu atau tidak lagi mempercayai kebolehan seorang imam?

Penaung PERKASA ,..Tun Dr Mahathir,,.. Bermoral dan bermaruah sangatkah beliau?.... sedangkan dalam kenyataan-kenyataannya sebelum ini beliau sering menyanggah Islam, malah pernah menghina nabi? Beliau juga pernah terlibat secara langsung dengan kerja-kerja fitnah!! . Contoh …., kes fitnah liwat DS Anuar Ibrahim. Maka bolehkah beliau dianggap pemimpin yang bertaqwa? Jauh panggang dari api !

Dari segi integiriti dan kredibiliti sebuah badan NGO yang bernama PERKASA bolehlah kita anggap kosong!! Sebagai kesimpulan Inilah pandangan STS terhadap PERKASA…

Tukar saja PERKASA menjadi sebuah parti politik. Membela nasib orang Melayu dan mempertahankan hak orang Melayu dijadikan asas perjuangan !…… Tapi nampak sama le pulak macam dasar UMNO ! .. kalau dah sama apa maknanya ?

OK tukar dasar yang lain… Islam didahulukan ,,Kepentingan Melayu diutamakan…. Ha! ini nampak macam cantik dan mantab !! tapi hish!! tak boleh jadi ! Dah seakan-akan macam slogan BN pulak (Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan). Habis tu macam mana?

Senang saja ! Paling mudah dan selamat ! Jadikan Islam sebagai asas perjuangan parti, habis cerita, semua insan Melayu Islam yang bertaqwa akan menyokong ! … tapi ini sama dengan dasar perjuangan PAS !!... Pulak dah!! ha! ha! tahu tak apa !!...

Kalau semua dak tak boleh dan tak sesuai, mai pakat ramai-ramai ahli PERKASA, masuk menjadi ahli PAS dan sokong dasar perjuangan PAS. Mungkinkah ? ,…ooo tak mungkin !
Tapi tak mustahil ! andainya Melayu benar-benar ingin berubah!

Oleh : rahimothman

Rabu, 8 September 2010

HUJAH MAHATHIR LEMAH, LAPUK !

Photobucket

LAGI, ISU BUKAN ISLAM MASUK SURAU

Manusia dijadikan Allah dengan berbagai bangsa dan suku lalu Allah turunkan Islam sebagai agama suci yang wajib dianuti oleh umatnya. Manusia dituntut supaya hidup bersatu padu, berbaik sangka dan saling menghormati walaupun berlainan agama dan bangsa. Inilah yang telah dan sedang dilakukan oleh Gabungan parti Pakatan Rakyat sekarang ini yang sangat dicemburui oleh musuhnya-musuhnya.

Apa yang telah dilakukan YB Teo dan Jawatankuasa Surau Al Huda Kajang baru-baru ini memang tidak menyalahi hukum dan perintah agama! , Cuma JAIS yang duduk di bawah kelangkang UMNO mengatakan perbuatan itu salah. Alasannya – orang bukan Islam dikategorikan sebagai sama dengan orang yang berhadas besar. Lantaran itu, maka bangunlah beberapa kerat pemimpin UMNO untuk menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan mereka. Berita mengenai isu itu dicanang satu Malaysia dan dari awal lagi STS sudah mengagak bahawa isu ini akan menimpa semula batang hidung UMNO.

Apa-apa pun,, respon awal, UMNO mesti tunjuk rasa marah !! Untuk menyemarakkan lagi api kemarahan, maka dakwaan telah ditambah, … YB Teo dikatakan telah memberi tazkirah kepada jemaah surau dan kemasukan YB ke ruang solat surau itu, kononnya telah mencemar kesucian agama Islam. Bab mencemar kesucian agama ini kalau boleh Ustaz-ustaz Umno!! tolong berikan hujjah dan dalilnya. (ini emil saya – rahimho52@yahoo.com.my)

Hakikat sebenar,, YB hanya menyampaikan bantuan surau disamping memberi sedikit ucapan ringkas, termasuk menyentoh soal pendidikan anak-anak. Jauh sekali daripada istilah Tazkirah seperti diwar-warkan oleh akhbar pengampu. Tak ada sebab UMNO nak melenting ! Tak kena tempat UMNO nak tunjuk hero dalam hukum hakam agama. Islam sebenarnya tak menghalang orang bukan Islam masuk kedalam surau, kecuali kafir harbi. Untuk lebih jelas sila lihat sejarah nabi… Lain kali kalau ilmu agama belum cukup di dada jangan cuba memandai-mandai.

Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir turut menyatakan bantahannya. Beliau teramat kesal kerana Nik Aziz tidak membantah perbuatan YB tersebut, malah menyokongnya pula.. Wah! siapalah Mahathir nak bercakap soal agama Islam. Nak suruh bini pakai tudung pun takut, apa lagi nak berhujjah perkara yang lebih besar!!

Dalam bab Islam,, antara cakap Mahathir dan cakap Nik Aziz sudah tentu kita lebih percaya cakap Nik Aziz disebabkan ketinggian ilmu agamanya. Dalam isu ini Nik Aziz berkata benar, bukan olok-olok. Fakta sejarah Junjungan Besar telah membuktikan, kerana perkara yang sama pernah berlaku di zaman Nabi. Jadi apa yang UMNO buat ini telah menelanjangkan kebodohan mereka !! Masihkah tidak merasa malu??

Dalam hal ini juga Mahathir mendakwa bahawa “ Pas menggunakan Islam sebagai sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam tetapi mereka sebenarnya bukan pejuang Islam seperti yang digembar-gemburkan itu. Tindakan PAS semata-mata kerana helah dan untuk mendapat keuntungan politik!! ” katanya lagi

Wahai Tun Dr Mahathir yang maha Firaun!! Bukankah Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata dan selalu berkata bahawa “Islam dan Politik itu satu”. - Islam lain dan politik lain - tak ada dalam kamus perjuangan parti PAS, kecuali UMNO. Kalau ada pun keuntungan politik yang diperolehi oleh Nik Aziz atau PAS, hasil dari kenyataannya itu, itu adalah secara kebetulan dan bonus.
Rezeki datang menggolek itu tandanya tuah badan!!

Barangkali juga Allah nak menolong kepada hambanya yang menyeru kejalan kebenaran!! Nampaknya isu yang ditimbulkan UMNO memberi keuntungan kepada Pakatan dan menjadi bala kepada UMNO sendiri !! Hadapilah kecelakaan yang akan diturunkan oleh Allah terhadap hambanya yang zalim . Tak sempat di dunia,.. akhirat tetap menunggu !!

Selama mana UMNO mahu berbohong dan selama mana UMNO mahu mempermainkan isu agama untuk kepentingan diri dan parti mereka!!. Allah maha berkuasa ! Allah maha mengetahui.

Oleh : rahimothman

MUSA LUPA SATU PERKARA !!

MUSA BERPESAN KEPADA SELURUH ANGGOTA POLIS

Photobucket


Ini secebis petikan kenyataan KPN Tan Sri Musa Hasan dalam akhbar Kosmo hari ini 9 Sept. 2010….

Beliau yang akan bersara 13 Sept. ini mengingatkan warga PDRM supaya tidak sekali-kali menjadi peminta sedekah. Maksud beliau itu ialah jangan minta rasuah. Jalankan tugas dengan jujur dan amanah.

Bagus ! itu satu peringatan yang sangat berguna. Ada satu lagi yang beliau mungkin terlupa nak sebut – Jangan tembak orang secara melulu!! Jangan tembak kanak-kanak atau remaja !! lebih-lebih lagi waktu malam!! (semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Roh arwah adik Aminulrasyid...)

Walau bagaimana pun ! perkara yang satu lagi ini, memang Musa tak mahu sebut. Beliau takut nak sebut,… kut-kut terkena batang hidung…. Apa agaknya yang dia takut sangat nak sebut tu ya?
Cuba anda teka !! Anda tahu jawapannya ? atau tak berapa ingat ?.. Tak apa!.... Nanti selepas ini STS akan beritahu !

( Jawapannya – Jangan terlibat dengan kerja-kerja FITNAH!! seperti yang pernah ........ lakukan )

Oleh : rahimothman

TV3 BERDOSA !!, SIAPA PENDERHAKA AGAMA?

CUBA MENGELIRU DAN MEMESONG AQIDAH UMAT ISLAM !!

Photobucket

Sah ! iklan hariraya TV3 tahun ini 2010, berniat jahat. Siapa punya angkara? Sama-sama kita nantikan jawapannya sedikit masa lagi.

Walau apa pun alasannya TV3 mesti dipertanggung jawabkan. Ini termasuk Jawatankuasa yang meluluskan, Pengarah iklan dan semua pihak-pihak yang berkaitan. Apakah seorang pengarah boleh diberi kuasa yang seluas-luasnya untuk membuat sebuah filem iklan hariraya aidilfitri tanpa mendapat kawalan dan panduan?

Lebih-lebih lagi kalau benar pengarah tersebut bukan seorang Islam!, dan kita seharus merasa kecewa dan malu kerana telah dipermainkan oleh oleh pihak yang berniat jahat. Mungkinkah ada tangan-tangan ghaib menguasai di belakang TV3?

Adakah pegawai di TV3 sememangnya bodoh-bodoh belaka, terutama dalam hal yang berkaitan agama? Atau mereka yang terlibat sememangnya mempunyai niat dan agenda tersembunyi!
Walaupun iklan sudah terlajak 3 hari ditayangkan, kita sebagai umat Islam tetap merasa marah, kesal dan malu. Nasib baik ada protes dari insan-insan yang peka dan perihatin, barulah pihak TV3 tersentak dari khayalan dan perasaan bangga diri serta syok sendiri mereka selama ini !!. maka tayangannya dihentikan serta merta.

Kita harap pihak yang berwajib siasatlah segera. Walau pun TV3 sudah meminta maaf, tetapi kesalahan besar atau pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan harus diberikan hukuman yang setimpal. Ini persoalan berat ! persoalan yang boleh menyentuh atau memesong akidah umat Islam.

Ini soal agama Islam! Agama rasmi negara! Bukan soal bangsa atau soal perkauman seperti yang pernah ditimbulkan oleh seorang blogger dari Johor beberapa hari lalu. Isu itu hanya di internet, tidak semua rakyat membacanya. Tetapi isu kali ini jauh lebih besar! Dan ia boleh ditonton melalui TV3 oleh seluruh rakyat Malaysia ! Kita merasa tidak sabar untuk mengetahui siapa punya angkara?!! Apa niat sebenar disebalik iklan songsang ini !


TENTANG SUARA PROTES

Kemana perginya suara protes yang sepatutnya datang dari badan-badan NGO? yang gah selama ini?. Di mana suara JAKIM, JAIS dan lain-lain. JAIS sepatutnya berada di depan dalam hal ini, bukan soal “bukan Islam masuk masjid”!! yang sangat kecil dan remeh-temeh ! ibarat tahi cicak jatuh keatas sejadah ! yang beria-ia sangat hendak dihebuhkan!!

Di mana suara PERKASA?? Di mana suara Ibrahim Ali Al Kataki ? Kalau benar seperti yang dikata Melayu itu Islam,, Islam itu Melayu, maka inilah masanya untuk membela agama orang Melayu, yakni agama Islam yang telah dipermainkan? Sikap mereka yang menikus itu mengesahkan bahawa ....... Ibrahim Ali Al Kataki dan PERKASA,..berpendirian..

i) Melayu lebih penting dari Islam!! ii) TV3 tak perlu disanggah atau diprotes kerana kepentingan dan saham UMNO ada di dalamnya!

Akhir sekali STS nak bertanya pihak TV3!! Kenapa pegawai-pegawai di TV3 begitu bodoh, isu yang dianggap berat begini terlepas begitu mudah dari kawalan dan penilaian ?

Wahai sekalian pegawai-pegawai di TV3 !! Adakah anda pegawai yang bertanggung jawab? Adakah seluruh kakitangan TV3 berintergriti ? Diharap rakyat tidak menunggu lama, segerakan siasatan ! Kemukakan hasil siasatan !
Rakyat tak sabar nak melihat muka-muka pengkhianat atau penderhaka agama.

Oleh : rahimothman

Selasa, 7 September 2010

PAS LAYAK,.. SUDAH SEDIA GANTIKAN UMNO!

Photobucket

FAHAMAN KHURAFAT UMNO.. HAMPIR DITELAN BUMI

Sudah sampai masanya ! Berhijrahlah wahai umat Melayu. Kalau UMNO kalah, PAS lah yang menang. Jika PAS menang, bermakna Melayu yang menang. Apa masaalahnya? Kalau Umno sebuah parti Melayu, Pas juga sebuah parti Melayu, malah Pas dipimpin oleh pimpinan Melayu yang beragama Islam dan berpegang teguh dengan dasar Islam. Ketokohan pemimpin PAS sudah terbukti. Ramai diantaranya terdiri dari gulungan propersional dan interlektual yang berjiwa Islam.

Adakah UMNO masih ingin menerus dan menegakkan dasar kebangsaan atau asabbiahnya, sedangkan Islam tidak menyuruh umatnya berpegang kepada semangat itu. Pas memang kita sedia maklum bahawa menegakkan dasar Islam adalah merupakan akar tunjang perjuangannya… dan kini sudah bersedia mengambil tempat UMNO!

Wahai orang-orang Melayu yang masih berkiblat kepada Umno. Jangan lagi leka dibuai mimpi !! Bangunlah! Bangun!! Sedarlah !! Insaflah !! bahawa UMNO telah terbabas jauh, UMNO telah rosak teruk! Selama ini mereka yang berpegang teguh dengan semangat kebangsaan itu, sentiasa memberi kata-kata manis- berjuang untuk membela bangsa Negara dan agama, Walhal setelah diberikan kuasa mereka bersikap tamak, pelahap, tak sedar diri, pentingkan diri sendiri dan kadang-kadang bersikap lebih senduk dari mangkok.

LIHAT INI !! APA MEREKA DAH BUAT DAN HASILNYA !!

1. Terus menyuburkan fahaman KHURAFAT UMNO di kalangan orang Melayu, iaitu …i) Melayu itu Umno, Umno itu Melayu, ii) Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. iii) Hanya Umno saja yang boleh memerintah ( Kesemua fahaman khurafat ini sudah lapok dan basi – wajib dicampakkan kelaut !! )

2. Tak dinafi ada UMNO membela rakyat, tapi tak sebesar mana. Bagi orang UMNO memikirkan peluang dan projek besar untuk diri sendiri atau bersama kroni, itu yang lebih penting!! Soal yang hak atau yang batil, semua itu tolak tepi.

3. Tak dinafi ada UMNO membela nasib orang Melayu, tetapi dalam masa yang sama turut mengambil kesempatan sambil mengikis hak-hak istimewa orang Melayu. Sudah berapa banyak hak-hak Melayu yang tergadai!

4. Berpura-pura mendaulatkan bahasa Melayu,.. realitinya bahasa Melayu ibarat melukut ditepi gantang. Ahli bahasa dan cerdik pandai Melayu sudah berbuih mulut bercakap !

5. Menafikan keagungan dan kepentingan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu. Hasilnya anak Melayu jadi sangat lemah dalam bahasa Al Quran.

6. Berusaha mempertahankan kuasa dengan apa cara sekali pun. Bila dah berkuasa Islam dipaksa tunduk kepada pemerintah. Sepatutnya Islam yang memerintah buka diperintah! Sebab itu kita lihat sekarang banyak hukum Islam telah diabaikan!
Dan terbukti hari ini Umno telah mempermain dan menghina agamanya sendiri. Maruah agama Islam di negara sendiri telah tersembam ke bumi!! UMNO telah menzalimi agama umat Muhammad ,.. agama kita semua,,..agama Islam.

7. Menyemarakkan budaya kapitalis, budaya hidup barat, budaya hidup “enau dalam belukar” dan juga yang paling penting “BUDAYA FITNAH” . Fitnah yang maha besar pernah UMNO lakukan ialah “Fitnah liwat DS Anuar Ibrahim”…Sungguh menga’ibkan DS Anuar,,, dan UMNO sekali lagi memalukan seluruh umat Islam!!

8. UMNO tetap menyeru orang-orang Melayu bersatu tetapi dalam waktu yang sama terus mengapi-apikan semangat perkauman dikalangan Melayu Cina dan India. Dimana kejujuran mereka?

9. Walaupun menggadai maruah agama, UMNO sanggup lakukan semata-mata mahu terus berkuasa seumur hidup! Kata-kata..yang kononnya “hanya UMNO yang berhak memerintah” mahu dipahat kedalam jiwa setiap Melayu. Padahal itu adalah salah satu khurafat !! yang kita percaya sedikit masa lagi akan lenyap ditelan bumi.

Allah sebenarnya sudah menyediakan pilihan di depan mata kita !
PILIHLAH YANG LEBIH BAIK!! BUATLAH PILIHAN TERBAIK !,

Oleh : rahimothman

Isnin, 6 September 2010

MENGAKU ISLAM TAPI ENGKAR!!

BERTAUBATLAH SEBELUM MATI !!

Photobucket

UMNO mengaku mereka adalah sebuah parti Melayu dan parti Islam, memperjuangkan hak-hak orang Melayu. UMNO mengaku bahawa partinya memegang fahaman asabbiah dan dalam masa yang sama mengaku partinya sebuah parti Islam. UMNO memperjuangkan Islam ! Inilah beberapa pengakuan yang telah diberikan oleh pemimpin UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.

Ya! Kita mengakui akan separuh daripada pengakuan itu. Tetapi tentang bab UMNO memperjuang Islam, susah kita nak terima! Terlalu banyak dasar dan pelaksanaan hukum Islam dilanggar oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Perkara ini sudah terlaku kerap diperkatakan di media cetak dan ceramah-ceramah parti pembangkang. Akhbar-akhbar PENGAMPU jangan diharap nak menyiarkan berita-berita tentang kemungkaran UMNO, melainkan jika mereka sendiri tidak perasan, disebabkan kebodohan mereka!

Kita nak fokus tentang persenaliti orang-orang yang terlibat dengan UMNO terutama kaum wanitanya. Sebagai seorang wanita Islam apakah yang boleh kita banggakan dengan penampilan yang mereka tunjukkan selama ini? Di majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, sama ada di masjid atau bukan masjid, sering kedapatan wanita-wanita Islam tidak menutup aurat seperti yang dituntut oleh syarak. Bab yang paling asas ini telah tidak diambil peduli oleh mereka, malah masih ada pula yang berani berbicara pasal Islam, ibarat ketam mengajar anak berjalan betul.

Soalan mudah untuk mereka yang berkenaan… Tidak ada alasan, melainkan jawapan

Anda mengaku anda beragama Islam,.. menutup aurat itu hukumnya wajib, tapi anda buat selamba ! anda redah dan anda langgar. Soalannya..

1. Kenapa??… kenapa anda langgar hukum Allah? Adakah anda sengaja hendak mencabar hukum Allah? Adakah kerana anda terlalu berani untuk menerima hukuman atau siksaan Allah di akhirat nanti?... Kalau nak tahu apakah bentuk siksaan yang akan anda terima di akhirat ….sila tanya ustaz-ustaz atau tuan-tuan imam yang berdekatan… BERTAUBATLAH !! sebelum mati!

2. Dalam Isu YB Teo Nie Ching (ADUN wanita DAP) menderma untuk surau. i) Adakah anda turut membantah wanita bukan Islam masuk surau atau masjid? Ii) Adakah anda membantah kerana YB Teo tak pakai tudung semasa masuk surau?

Oleh : rahimothman

Ahad, 5 September 2010

CUKUP !! JANGAN JADIKAN POLIS, RAJA DI MALAYSIA (PRDM)

Rayuan kepada Tan Sri Ismail Omar !

Photobucket

Baikilah imej Polis Di Raja Malaysia supaya PDRM tidak menjadi PRDM (Polis Raja Di Malaysia) – yang bermaksud bertindak mengikut sesuka hati, Sejak era Refomasi hingga kini nampaknya tindakan pihak polis terhadap orang awam makin menjadi-jadi ! dan agak melampau. Mereka bertindak macam seorang raja. Ini yang kita tidak mahu berlaku di dalam negara kita yang berdaulat dan bermaruah , tapi telah pun terjadi...dan rakyat menerimanya dengan rasa terhina, sedih dan marah!

Pihak polis janganlah terus membuli rakyat yang tidak berdosa . Rakyat sudah cukup tersiksa merasai azab disembor air gatal oleh FRU ketika berhimpun secara aman, sesetengahnya pula telah merasai kesakitan dipukul dan dilanyak.

Orang awam kini menjadi takut kepada polis kerana adanya kes polis menembak sesuka hati, dan telah ada mangsa yang terkena peluru sesat. Dan lebih malang lagi seorang remaja telah manjadi sasaran tembakan maut anggota polis. Manakala OKT, tidak lagi selamat tinggal didalam lokap, ada yang diperlakukan sehingga mati.

Apakah semua yang berlaku itu akan akan berlaku lagi selepas ini? atau KPN yang baru mampu mengubahnya? Semua jawapannya ada dalam kotak pemikiran Tan Sri Ismail Omar. Rakyat hanya mampu berharap dan berdoa!

Oleh : rahimothman

Jumaat, 3 September 2010

SELAMAT JALAN KPN !!

Photobucket
Dalam kotak pemikiran puak-puak fanatik Umno,, agaknya terlalu besar jasa si MUSA HASAN kepada agama, bangsa dan tanah air terutama kepada parti Umno sendiri !!.... Biar STS tumpang semangkok untuk buat cadangan !!

CADANGAN DAN PANDANGAN STS TENTANG MUSA HASAN

1. Tahniah ! kerana anda telah mendidik anggota-anggota polis anda menjadi penembak yang cekap,,.. nampak saja bayang penjenayah, pasti penjenayah itu tak sempat mengucap.!! … satu trend baru yang diamalkan pihak polis., tak pernah dibuat sebelum ini.

2. Tahniah juga !.. di atas kecekapan anggota anda menembak mati atau menembak cedera mana-mana orang awam yang disyaki penjenayah. Syabas !! anggota-anggota anda berfikiran positif. Sebelum musuh tembak kita lebih baik kita tembak musuh dulu, walaupun belum pasti mereka musuh atau bukan musuh !

3. Musa bolehlah berehat panjang selepas ini... Sambil berihat-rihat tu bayangkanlah semula semua kerja yang telah anda buat sebelum ni. Imbau kembali kerja paling berat yang pernah anda lakukan…walau pun berat tapi menyeronokkan dan penuh rasa bangga,,..iaitu MENGANGKAT TILAM PUAKA kes liwat DS Anuar….. STS masih terbayang betapa yakin dan tidak malunya anda ketika itu ! anda buat muka selamba aje ! … apa kata orang ! muka tebal? tebal muka ? …. aah! samalah tu !.


4. Anda jangan duduk diam setelah bersara. Ikutlah contoh Mahathir,,.. bercakaplah semahunya dan buatlah sesuatu… Kalau boleh buat kejutan,,.. ala, macam Mahathir buat dulu!!

5. Di atas jasa-jasa yang teramat besar kepada Negara dan UMNO STS rasa Musa Hasan wajar diberi anugerah kebesaran yang bergelar TUN
… Atau beri anugerah paling tinggi - Tan Tin Tun !!


Mari kita berfikir sebentar apa itu PDRM, PRDM dan PUDM ?
Photobucket

Oleh : rahimothman