Rayuan kepada Tan Sri Ismail Omar !
Baikilah imej Polis Di Raja Malaysia supaya PDRM tidak menjadi PRDM (Polis Raja Di Malaysia) – yang bermaksud bertindak mengikut sesuka hati, Sejak era Refomasi hingga kini nampaknya tindakan pihak polis terhadap orang awam makin menjadi-jadi ! dan agak melampau. Mereka bertindak macam seorang raja. Ini yang kita tidak mahu berlaku di dalam negara kita yang berdaulat dan bermaruah , tapi telah pun terjadi...dan rakyat menerimanya dengan rasa terhina, sedih dan marah!
Pihak polis janganlah terus membuli rakyat yang tidak berdosa . Rakyat sudah cukup tersiksa merasai azab disembor air gatal oleh FRU ketika berhimpun secara aman, sesetengahnya pula telah merasai kesakitan dipukul dan dilanyak.
Orang awam kini menjadi takut kepada polis kerana adanya kes polis menembak sesuka hati, dan telah ada mangsa yang terkena peluru sesat. Dan lebih malang lagi seorang remaja telah manjadi sasaran tembakan maut anggota polis. Manakala OKT, tidak lagi selamat tinggal didalam lokap, ada yang diperlakukan sehingga mati.
Apakah semua yang berlaku itu akan akan berlaku lagi selepas ini? atau KPN yang baru mampu mengubahnya? Semua jawapannya ada dalam kotak pemikiran Tan Sri Ismail Omar. Rakyat hanya mampu berharap dan berdoa!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan