Jumaat, 3 September 2010
YB ZUL YANG BANGANG
INILAH PEGUAM TAIK MINYAK!
Nampaknya YB yang sorang ini bertambah-tambah tak betulnya. Dah tua begini masih tak tahu – apa itu sujud,, apa itu tempat sujud,, dan apa makna kafir harbi.
Isunya - “ orang bukan Islam masuk surau/ masjid “ dimana melibatkan YB Teo Nie Ching, Ahli Parleman DAP. Berikutan isu itu yang sengaja dijaja oleh UMNO maka Yang Berhormat Zulkifli al Kataki ini telah pun melemparkan rasa marah dan rasa tidak setujunya. Katanya ……
1. Kenapa orang Melayu sanggup membiarkan tempat sujud mereka disurau dipijak oleh orang kafir harbi ? Ini telah mengotorkan kesucian agama Islam !
JAWAPAN untuk YB – YB Zul patut belajar lagi,, rupa-rupanya YB ini tak faham maksud tempat sujud dan maksud sujud. Tempat sujud ialah tempat kita tunduk meletakkan dahi kita serendah-rendahnya di atas bumi atau lantai sebagai tanda pengakuan kepada Allah bahawa kita manusia ini sememangnya sangat hina, sangat kecil dan sangat rendah ketika berhadapan dengannya. Tidak ada tempat yang lebih rendah selain dari tempat kita bersujud !!
Jadi soal tempat sujud kena pijak memang tak timbul dalam masaalah ini. Mana ada tempat sujud yang tak pernah dipijak orang? Mana ada dalil Al Quran atau hadis mengatakan “Wahai orang-orang yang beriman,, Janganlah kamu memijak tempat sujud orang sembahyang ” Tak ada,,!! kalau ada hukum yang begitu maka kosonglah masjid dan surau. Sebab ? Tak ada tempat lagi untuk bersembahyang!! Mana mungkin tempat sujud nak diletakkan di dinding supaya tidak dipijak orang!.
Jadi maksud sujud seperti dikatakan tadi,,ialah sujud kepada Allah ,, dengan meletakkan diri kita/ dahi kita ditempat yang paling rendah . Waktu itu kita sendiri menghinakan diri kita kepada Allah,, bukan menyombong sebagaimana YBB Zul.
( B yang satu lagi tu faham faham lah!! )
2. Orang Melayu sekarang tak tahu malu,, sanggup menadah tangan atau meminta-minta kepada kafir harbi semata-mata untuk mendapat sumbangan.
JAWAPAN untuk YB - Wahai YB Zul,, kenapalah bengap sangat ! Wakil Rakyat kafir yang YB maksudkan itu bukan lah kafir harbi. Kafir harbi tindakannya jelas,, mereka memusuhi Islam secara terangan-terangan, tapi apa yang berlaku dalam isu ini adalah sebaliknya! Kalau begitulah penilaian YB, maknanya habislah seluruh masyarakat Cina dan India di negara ini YB chop sebagai kafir harbi!!
Oleh : reahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan