Isnin, 13 September 2010

PEMBUNUHAN KEJAM !!.......

Photobucket

DiPUKUL HINGGA MATI, KEMUDIAN DIBAKAR SAMPAI JADI ABU

Kita dikejutkan satu lagi siri pembunuhan kejam
12 Sept. 2010 — Pembunuhan usahawan muda Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas keempat-empat mereka dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang kedalam sungai dekat Tanjong Sepat Banting Selangor.

Dengan ini misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu sejak 30 Ogos lalu telah terjawab. Motif kejadian tragis ini, berkemungkinan besar menjurus kepada persaingan dalam perniagaan atau masaalah dalam perniagaan, yang melibatkan Sosilawati dan rakan seperniagaan.

Turut dibunuh bersama Sosilawati ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad 38, dan peguam peribadi Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, kesemua suspek telah mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum mereka dipukul sehingga mati. Mayat mereka dibakar, dan abu mayat dicampak kedalam sungai berdekatan.

Amat mengejutkan ! seorang peguam bergelar “Datuk” berusia 41 tahun yang dikenali ramai di Daerah ini telah ditahan bersama adik lelakinya, serta enam yang lain termasuk dua wanita. Dengan tertangkapnya suspek, besar kemungkinan beberapa kebuntuan kes jenayah sebelum ini dapat dirungkai.

Tetapi soalnya kenapa kes-kes sebegini yang berlaku sebelum ini, dimana melibatkan ahli perniagaan atau orang kenamaan begitu sukar dikesan sehingga mangsa hilang lenyap begitu sahaja ! Apakah gelaran dato’ telah melindungi mereka selama ini? sehingga siasatan tersekat ditengah jalan? atau tak dapat nak diteruskan? Hanya pihak polis ada jawapannya !!

Sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia amat merasa sedih dan marah diatas perbuatan si penjenayah yang amat zalim dan kejam itu. Kita harap pihak berwajib akan mengheret mereka kemuka pengadilan. Mudah-mudahan nyawa akan dibayar dengan nyawa!! Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat. Rakyat Malaysia mengiringi kehilangan mereka dengan rasa sedih dan pilu!. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Peristiwa ngeri dan menyayat hati ini telah mengingatkan kita kepada beberapa kes pembunuhan kejam terdahulu.
Antaranya,....Kes pembunuhan Datok Mazlan ADUN Batu Talam Pahang, yang mayatnya dikerat 16.... Kes rogol dan bunuh penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang mayatnya turut dibakar.
Kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu pada 2006 dimana mayatnya berkecai setelah diletup dengan menggunakan bom bekuasa tinggi.

Nampaknya rakyat Malaysia, walau berada di negara sendiri, rupa-rupanya masih belum selamat ! Waspada lah selalu wahai rakyat Malaysia!! Kecelakaan dan maut sentiasa menunggu atau mencari kita!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan