Jumaat, 3 September 2010
ISU PERKAUMAN : IBRAHIM BERSAMA PENGETUA
Ibrahim Ali berbual dengan Siti Aishah Mansor (Pengetua SM Tuanku Abd.Rahman Putra) di rumah pengetua tersebut di Kampung Melayu, Kulaijaya, 26 Ogos lalu
DALAM 2 ISU YANG SAMA - IBRAHIM BERSIKAP BERAT SEBELAH
Di bawah ini rumusan dari kata-kata Ibrahim Al-Kataki @ PERKOSA dalam isu pengetua sentoh perkauman.
Kekalkan pengetua yang bernama Siti Aishah Mansor ini. Pengetua ini ada darah keturunan Cina. Pengetua ini pernah terima anugerah Guru Cemerlang. Pengetua ini berniat baik, walaupun caranya sedikit kurang baik. Saya menyokong sepenuhnya pengetua ini.. Kerajaan jangan bertindak berdasarkan kepentingan politik.
Pada 12 Ogos lalu, Siti Aishah dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada perhimpunan pagi menyentuh sensitiviti kaum. Dipercayai kenyataan yang dibuat sempena pelancaran Hari Kemerdekaan di sekolah itu telah diputarbelitkan oleh pihak luar yang punya niat tertentu. Kata Ibrahim - tujuan Pengetua itu memang baik,,.untuk memperperbaiki tahap disiplin pelajar. Niat yang baik melalui perbuatan atau percakapan kurang baik boleh kah kita terima ??
Saya sendiri tak berapa pasti.
Mari kita lihat lihat dan bandingkan isu yang satu lagi ini... dalam kes “Doa untuk orang bukan Islam” dalam 2 kejadian berasingan, .. Kita fokus pada kes di Pulau Pinang
Khatib Zakaria Ahmad dalam khutbah Jumaatnya telah berdoa atau berkata dengan baik untuk tujuan yang juga sangat baik! (semoga Allah memberi hidayah kepada Lim Guan Eng) Kenapa kita tak boleh terima? Huhh ! berdosa besar Khatib Zakaria ni ya! Lalu riuhlah suku-sakat UMNO dengan gelagat mereka seolah-olah mereka lebih pandai dari ulamak-ulamak tersohor. Mulalah mereka memainkan isu ini menjadi isu perkauman. Nama Lim Guan Eng dikaitkan. Lim Guan Eng dikatakan telah mencampori urusan khutbah Jumaat. Kenapa tak kedengaran pun suara Ibrahim Ali Al Kataki pada ketika itu! Tiba-tiba dalam isu pengetua sentoh perkauman ini pula dia muncul menunjukkan jaguhnya !. Sedangkan dua isu perkauman itu ditimbulkan oleh dua Melayu, dan Ibrahim menunjukkan yang sikapnya berat sebelah!!
Kenapa begitu ya? Sebab barangkali Pengetua itu pengikut Mazhab UMNO ! maka wajib dipertahankan. Khatib Zakaria Ahmad ? pendakwah Islam yang barangkali sikapnya lebih condong kepada PAS. Apa untungnya UMNO mempertahankan kebenarannya! Begitu agaknya dalam pemikiran mereka.
“ Kerajaan jangan bertindak berdasarkan kepentingan politik “ kata Ibrahim Al Kataki. Cakap tak serupa bikin... Kenapa tak ucapkan ayat ini dalam kes di Pulau Pinang ? Begitu lah sifat orang munafik.
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan