Ahad, 12 September 2010
LIHAT CERMIN ! LAYAKKAH MENJADI PEMIMPIN BERTAQWA?
PERKASA : RAMAI PEMIMPIN RECYCLE, IBRAHIM BUAT LUCU
Tak perlu diperkenalkan lagi,...Orang kuat atau Pengasas PERKASA sebuah badan NGO 100% Melayu, ialah Ibrahim Ali Al Kataki. Gelaran Al Kataki diberi disebabkan tabi’atnya yang suka melompat parti. Setelah terbuang dari UMNO beliau sebenarnya ingin mencari tapak baru untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan. Tidak ada mana-mana parti politik yang sudi menerimanya.
Maka akhirnya PERKASA ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum 2008 dan mesyuarat Agong pertama telah dijalankan pada 27 Mac 2010 yang lalu. Matlamat penubuhannya mungkin untuk bersaing dengan UMNO atau atau mengganti UMNO dalam memperjuangkan kedudukan dan hak-hak orang Melayu.
Sebahagian besar ahli-ahli PERKASA ialah ahli UMNO dan atau bekas ahli UMNO yang tersisih dari barisan kepimpinan parti UMNO. Sekadar mengambil beberapa contoh …… Ibrahim Ali yang menjadi Presiden PERKASA adalah bekas ahli UMNO yang telah dipecat keahliannya, kini tidak berparti lagi. Tun Dr.Mahathir, selaku Penaung… adalah ahli UMNO yang pernah keluar parti kemudian masuk balik ke dalam UMNO dan kini suaranya tak berapa nak laku lagi.
Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden PERKASA, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.
Dua naib presidennya,.. Wajidi Dusuki merupakan calun UMNO yang pernah tewas dikerusi Parleman Tumpat pada pilihan raya umum lalu manakala seorang lagi Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. .
Shuib Lazim yang memegang jawatan Bendahari Agong PERKASA *adalah bekas bekas ahli Parlimen Sungai Petani yang kini tidak lagi diperlukan oleh Umno Kedah. Manakala , Ruslan Kassim yang memegang Ketua Penerangan adalah bekas pemimpin Umno dan bekas pemimpin PKR yang melompat dari PKR masuk semula kedalam UMNO. Sebahagian besar ahli jawatankuasa PERKASA sah terdiri daripada ahli-ahli Umno yang pernah menjadi pemimpin di peringkat bahagian. Pemimpin yang dah tak laku! Pemimpin yang rendah moral. Pemimpin usang !.. Pemimpin Recycle !
Matlamat penubuhan PERKASA , seperti disebut awal tadi …. ialah memperjuangkan hak-hak Melayu dan kepentingan orang Melayu. Sehubungan itu, sahlah bahawa PERKASA tidak lagi mengiktiraf UMNO yang juga memperjuang nasib bangsa Melayu. Kini seolah-olah UMNO telah terbelah tiga. Kumpulan pertama lari meninggalkan UMNO masuk PKR, kumpulan kedua lari meninggalkan UMNO masuk PERKASA dan kumpulan ketiga, yang kekal menyokong kedua-duanya iaitu UMNO dan PERKASA.
PERKASA sebenarnya memang sangat-sangat memerlukan sokongan orang Melayu !! tetapi bolehkah? Mampukah mereka?.. Tak semudah itu! Orang Melayu jenis mana yang mereka harapkan?.. Nak menarik orang Melayu dari PAS?.. jauh sekali..dari PKR ? juga tipis!! Yang pasti PERKASA hanya menjadi teratak hinggap atau dahan berpaut sementara buat ahli-ahli UMNO yang kecewa atau yang membawa diri.
PERKASA mungkin boleh mengharapkan sokongan dari ahli-ahli baru yang belum terlibat dengan mana-mana parti politik, atau dari mereka yang sememangnya menentang semua parti politik yang sedia wujud hari ini. Soalnya, mampukah PERKASA melebarkan sayap dan pengaruhnya dalam keadaan UMNO sendiri tidak merestui tindak-tanduk mereka?.
Memandangkan sifat PERKASA yang tersangat ekstrim dan berbau perkauman, tak dapat dinafikan terdapat segulungan kaum Melayu yang tidak menyokong. Apatah lagi dikalangan kaum bukan Melayu. Kini sudah ada kedengaran suara-suara protes.
Seperkara lagi,….. sebagai sebuah badan NGO sepatutnya segala tindakan PERKASA tidak berbau politik! Tetapi hakikat sebenarnya tidak begitu ! Oleh kerana sebahagian besar ahlinya bekas ahli politik UMNO, tak dapat tidak, tindak tanduk mereka memang jelas kelihatan condong kearah politik dan berbau politik!
Hari ini kita sudah nampak, UMNO dan PERKASA sedang berlumba-lumba untuk mencari sokongan dan pengaruh dari orang Melayu! … dan tidak mustahil akhirnya PERKASA akan bertukar menjadi sebuah parti politik !.. yang barangkali itulah diharap-harap menjadi pengganti kepada UMNO.
Terkenangkan kenyataan Ibrahim Ali baru-baru ini, kita merasa sedikit lucu !! Beliau mahu PERKASA melahirkan pemimpin yang bermoral tinggi dan bertaqwa kepada Allah. Wah ! cantik dan hebat bunyinya! Tetapi hakikatnya, apakah pemimpin-pemimpin PERKASA ketika ini bermoral ? Lebih-lebih lagi Presidennya yang kaya dengan sifat-sifat munafiq dan hipokrit ! Menjadi seorang Wakil Rakyat Bebas yang bersifat pembelot!, membelakangkan kepercayaan dan harapan majoriti pengundi-pengundinya di Pasir Mas !! Bermaruah dan bermoralkah Ibrahim Ali?..... Jauh sekali ! Kalau di dalam sembahyang apa hukumnya apabila makmum ragu-ragu atau tidak lagi mempercayai kebolehan seorang imam?
Penaung PERKASA ,..Tun Dr Mahathir,,.. Bermoral dan bermaruah sangatkah beliau?.... sedangkan dalam kenyataan-kenyataannya sebelum ini beliau sering menyanggah Islam, malah pernah menghina nabi? Beliau juga pernah terlibat secara langsung dengan kerja-kerja fitnah!! . Contoh …., kes fitnah liwat DS Anuar Ibrahim. Maka bolehkah beliau dianggap pemimpin yang bertaqwa? Jauh panggang dari api !
Dari segi integiriti dan kredibiliti sebuah badan NGO yang bernama PERKASA bolehlah kita anggap kosong!! Sebagai kesimpulan Inilah pandangan STS terhadap PERKASA…
Tukar saja PERKASA menjadi sebuah parti politik. Membela nasib orang Melayu dan mempertahankan hak orang Melayu dijadikan asas perjuangan !…… Tapi nampak sama le pulak macam dasar UMNO ! .. kalau dah sama apa maknanya ?
OK tukar dasar yang lain… Islam didahulukan ,,Kepentingan Melayu diutamakan…. Ha! ini nampak macam cantik dan mantab !! tapi hish!! tak boleh jadi ! Dah seakan-akan macam slogan BN pulak (Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan). Habis tu macam mana?
Senang saja ! Paling mudah dan selamat ! Jadikan Islam sebagai asas perjuangan parti, habis cerita, semua insan Melayu Islam yang bertaqwa akan menyokong ! … tapi ini sama dengan dasar perjuangan PAS !!... Pulak dah!! ha! ha! tahu tak apa !!...
Kalau semua dak tak boleh dan tak sesuai, mai pakat ramai-ramai ahli PERKASA, masuk menjadi ahli PAS dan sokong dasar perjuangan PAS. Mungkinkah ? ,…ooo tak mungkin !
Tapi tak mustahil ! andainya Melayu benar-benar ingin berubah!
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan