Jumaat, 3 September 2010

PULIHKAN imej PDRM

HARAPAN KEPADA KPN BARU !! APAKAH HARAPAN
HANYA TINGGAL HARAPAN ? … kita tunggu !!

Photobucket
HISHAMMUDDIN bersalaman dgn Tan Sri Ismail Omar KPN yg baru.diperhatikan oleh Musa.

Akhirnya rakyat menarik nafas lega, mengharapkan satu sinar baru dalam perkhidmatan polis. Rakyat memang menunggu-nunggu kehadiran KPN yang baru, walaupun perubahan yang diharap-harapkan belum ada kepastiannya.

Kepada Ismail Omar !,, Rakyat menyeru !! Janganlah anda mengulangi perbuatan Musa Hasan, Tinggalkan semua perkara-perkara negatif yang pernah dilakukan oleh Musa terutama sejak beliau terlibat dalam kes “ Fitnah liwat DS Anuar ” yang pertama dulu.

Jangan terlalu mengagungkan orang di atas atau mana-mana Pak menteri, sehingga kesan buruknya terpaksa ditanggung oleh rakyat .Taat kepada pemerintah biarlah berpada-pada dan bertempat ! Bebaskan diri anda dari cengkaman UMNO.

Imej Polis Malaysia dimata dunia mesti dipulihkan. Jangan biarkan imej buruk itu berterusan, rakyat malu, negara malu.

Sedarlah bahawa setiap niat baik dan jahat kita, Allah ketahui. Allah maha berkuasa dan maha melihat. Jadi buatlah kerja dengan ikhlas semata-mata kerana Allah
bukan kerana pihak-pihak yang berkepentingan!

Sedarlah ! bahawa andainya kerajaan baru mengambil alih kuasa pemerintah , Setiap anggota polis tidak akan rugi apa-apa. Pemerintah tidak sekali-kali menamatkan perkidmatan mereka. Malah semuanya dikekalkan dengan kemungkinan kredebiliti dan intergriti pihak polis akan berubah menjadi jauh lebih baik. Kalau ada segelintir polis beranggapan mereka akan dihukum kerana dosa-dosa yang lalu ,, itu adalah satu kesilapan,, itu adalah salah anggapan.

Lakukanlah sedikit transfomasi bagi mengubah imej polis yang selama ini dipandang hina dan zalim oleh rakyat. Bersihkan kekotoran yang telah dimulai oleh Rahim Noor dan terkini Musa Hasan.

Jadikan lah segala peristiwa buruk yang berlaku kepada orang awam, OKT dan kepada pihak polis sendiri sebagai pengajaran dan keinsafan paling berguna !
Rakyat sentiasa berdoa… Penuh harapan ,, InsyaAllah… Mudah-mudahan.
Amin!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan