Jumaat, 3 September 2010

YB INI TUNGGU WAKTU BERBUKA DENGAN SABAR ( 29/8/10)

ADA GAYA MACAM SEORANG MUSLIM ?!..

Photobucket

Kepada - YB Hannah Yeoh
(ADUN DAP Subang Jaya)

Tahniah YB !. Bagus anda mendekati rakyat cara begini,,yang penting jujur dan ikhlas. Anda tidak dipaksa masuk Islam,,.. anda tidak diwajib memeluk Islam.. tapi anda berhak mendekati Islam…Islam tak halang anda memasuki masjid atau surau. JAIS tak boleh halang, malah Sultan pun tak boleh halang. Anda tak perlu takut kepada orang Melayu beragama Islam, lebih-lebih lagi kepada Melayu UMNO.

Melayu UMNO tak usahlah sombong dengan Islamnya . Ketahuilah bahawa rakyat Negara Cina telah jauh lebih awal mengenali Islam!. Orang Cina lebih dulu mengenali Islam dari orang Melayu.

Islam telah masuk ke Cina sejak abad ke-6 lagi,,sedangkan orang Melayu masih baru mengenalinya, iaitu kira-kira diawal abad ke-13. Orang Melayu lebih baik jangan mengaku Islam, sekiranya hukum Islam tidak dipatuhi, diperlekeh dan dipermainkan seperti yang berlaku sekarang.

Islam bukan hak Melayu! Islam bukan hak UMNO!. Islam bukan hak siapa siapa. Islam adalah hak semua manusia,.. untuk manusia sejagat. ISLAM FOR ALL.

Kepada YB YB Pakatan Rakyat, khasnya dari DAP. Teruskanlah usaha murni anda dalam menyemai dan memupuk semangat perpaduan, membina keharmonian hidup untuk satu Negara, berkerjasama, saling hormat menghormati, bertoleransi dan berbaik sangka. Kita hindari permusuhan dan perpecahan, sebab kalau rakyat berpecah–belah kita semua akan rugi..

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan