Sabtu, 25 September 2010
MANUSIA DI MALAYSIA SEMAKIN GILA !! PEMBUNUHAN KEJAM MENJADI-JADI!! Apakah puncanya??
Rakyat Malaysia tak kira orang kaya, orang miskin, orang kenamaan atau orang biasa, tua atau muda, kanak-kanak mau pun bayi tidak selamat lagi tinggal dibumi Malaysia ini. Saban hari kita digemparkan dengan berita- berita pembunuhan kejam!! yang menakutkan ! mengerikan !!
Terbaru 30 Ogos 2010… Pembunuhan kejam Dato’ Sosilawati Lawiya, jutawan kosmetik bersama 3 rakan di Banting. Keempat-empat mereka disiksa, dibunuh dan dibakar, lalu abu mayat dibuang kelaut !! Huh! zalimnya! Apakah jenis manusianya yang sebegini kejam? !! Perbuatan mereka tak pernah terfikir dalam kotak pemikiran kita!
Kita imbau kembali kes-kes pembunuhan kejam terdahulu. Antaranya…
2/7/ 1993 - Pembunuhan Dato’ Mazlan Idris, ADUN Batu Talam, di daerah Raub Pahang. Amat sedih dan menyayat kerana mayat mangsa telah dikerat 18 . Mona Fendi, suaminya Affendi dan Juraimi pembantunya telah pun menerima hukuman gantung sampai mati pada 2 Nov.2001. Punca kejadian,.. kerana harta dan wang.
17/6/2003 - Mayat Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya..
Beliau telah dirogol, dibunuh dan dibakar hingga rentong. Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Punca kejadian,.. nafsu dan kebodohan !
19/10/ 2006 – Penjenayah / polis menembak mati Altantuya kemudian mayatnya letupkan dengan bahan letupan C4. Amat sedih dan menyayat hati apabila badan Altantuya hancur berkecai. Orang yang mengarahkan pembunuhan dan letupan itu masih selamat… Dua anggota polis telah dikambing hitamkan, dan kononnya telah dihukum gantung ??!!! Punca kejadian.. kerana kuasa dan wang!!
17/9/2007 - Nurin Jazlin Jazimin hilang diculik sejak 20 Ogos 2007 akhirnya mayat ditemui pada 17/9/2007. Adik Nurin Jazlin Jazimin – disahkan telah dirogol dan dibunuh. Mayat diletak di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan di Petaling Jaya. Fizikal mayat amat menyedihkan sehingga tidak dapat dikenali oleh keluarga sendiri.
26/4/2010 – Aminulrasyid Amzah pelajar berusia 15 tahun mati di tembak polis tepat dibelakang kepala hanya kerana disyaki penjenayah. Tempat kejadian,.. Seksyen 11 Shah Alam. Banyak pihak mendesak agar mangsa dan keluarga diberikan hak dan pembelaan. Masih belum ada kedengaran apa-apa dari pihak PDRM mahupun kerajaan!
2/5/2010 -Satu pembunuhan kejam telah berlaku ke atas seorang wanita, Suhana Mohd Shariff 26, . dekat Kota Tanah, Alor Star Kedah. Beliau ditikam 7 kali di perut oleh rakan baiknya sendiri, dengan sebilah pisau pemotong sayur. Punca kejadian – kerana wang.
15/8/2010 - Seorang perempuan warga emas, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian, disamun dan dibunuh dalam rumah sendiri - di Kg.Teluk Mak Acheh, Yan Kedah. Punca kejadian – rompakan dan wang.
Memetik sedikit kata-kata Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad, ketika mengulas pembunuhan kes Dato’ Sosilawati dan tiga lagi baru-baru ini…
“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat. Tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya.
“Hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.” katanya lagi,
Menurut Sheikh Muhamad Baderudin lagi,.. manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup membunuh semata-mata merebut harta dan kekayaan.
Lain-lain faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya dendam dan hasad dengki, tekanan hidup, gila harta dan gila kuasa. Hidup kita hari ini sudah hilang nilai-nilai murni serta nilai-nilai agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil.
Perbuatan jenayah kejam yang banyak dipaparkan di dada-dada akhbar hari ini menunjukkan realiti kepincangan masyarakat masa kini. Kerajaan bukan saja harus! tetapi wajib ! lakukan sesuatu !. Pihak polis mesti lebih fokus .. Jangan asyik mabuk membuat kerja-kerja remeh seperti menangkap rakyat tak bersalah dalam demonstrasi aman! atau mengganggu ceramah parti-parti politik! yang langsung tidak ada kena mengena dengan jenayah!!
Kalau Kerajaan BN sudah tidak mampu lagi berbuat sesuatu untuk kesejahteraan rakyat silalah angkat bendera putih !! Serah kuasa kepada kerajaan yang baru ! Kita lihat kemampuan, kita lihat perubahan ! Kita lihat pembaharuan yang hendak dibawa!
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan