(Sambungan artikel sebelum ni)
Pandangan penulis tentang YB masuk surau dan… kisah pengadu dengan Sultan
Saya rasa wanita Ahli Parleman Serdang dari Pakatan Rakyat ini tak buat apa-apa kesalahan pun. Dia tak melanggar perintahSultan. Memang dia bukan seorang muslim,, tapi agama Islam tak melarang bukan muslim masuk kedalam masjid atau surau.(sila rujuk sejarah Nabi) Yang pasti beliau ini masuk surau dengan izin atau dijemput. Beliau bukan kafir yang memusuhi Islam. Beliau datang bukan dengan niat hendak memusuhi Islam. Sebaliknya datang dengan niat dan tujuan yang baik… Cuma orang-orang yang pro UMNO sengaja bersangka buruk. Mereka mahu mengambil kesempatan. Mereka mahu mengambil peluang ini untuk menghidupkan bara dan api perkauman, lalu mereka mengheret isu ini ke istana. Penyokong-penyokong tulin UMNO ini hendak mempersembahkan perkara gempar kepada Sultan…..
Maka lebih kurang beginilah dialog mereka dengan Tuanku……
“Ampun Tuanku ! patik sekalian nak mengadu!... Rakyat nampaknya sudah tidak mahu ikut perintah Tuanku lagi, Ada rakyat tuanku sudah berani mencabar perintah tuanku. Menceroboh surau dan berpolitik dalam surau. Sekarang semua rakyat dah naik marah tuanku! Takkan Tuanku nak diamkan saja ! Sebelum negeri ini menjadi huru-hara lebih baik tuanku bertindak cepat! ”
“ Apa sebenar kisahnya? ” tanya tuanku Sultan
“Begini tuanku! YB kafir sorang ni dah berani masuk surau tanpa izin tuanku, habis tercemarlah agama suci kita tuanku! Rakyat dah mula marah, Rakyat akan mengamuk tuanku! ”
“Macam mana YB tu boleh masuk?”
“Entah lah! Tuanku!,, boleh jadi dia rasuah imam kut!”
“ Kalau begitu, tangkap imam tu dan campak kelaut!”
“Jangan begitu tuanku! Imam tu tak bersalah!”
“Kalau bukan imam tentu ini kerja bilal!... Tangkap bilal dan kenakan sepuluh kali sebatan”
“Eh! Bukan bilal tuanku !,,.. dia tak tau apa-apa”
“Kalau begitu mesti salah seorang AJK surau terlibat!
“Tak mungkin tuanku !”
“Habis! Kalau semuanya bukan, Siapa??…. Hemmm, Beta fikir, beta tahu siapa!
Dengan terketar-ketar pengadu bertanya.. “ Apa yang tuanku tahu?, kami tak tahu apa-apa pun, kami tak terlibat!”
“Memang beta belum tuduh kamu terlibat ! tapi mungkin yang sorang lagi ni kut! ”
“Siapa tuanku?”
“Siapa lagi kalau bukan Tok Siak surau”
Semua pengadu berasa lega sebentar,, tetapi selepas tu perasaan mereka menjadi bengang dan bengong!.. Mereka memandang sesama sendiri. Dalam hati masing-masing berkata,,..Kenapalah tuanku ni bodoh sangat !!
“Siak pun tak mungkin terlibat tuanku!.. Dia tak ada kuasa nak buat keputusan” jelas pengadu.
“Memang dia tak buat keputusan!, tapi kerja dia bukankah membuka pintu pagar dan pintu surau? Bila pintu dah dibuka sesiapa pun boleh masuk kan? Kan? Betul tak?”
Semua pengadu senyap !! mereka semakin jadi bodoh dan keliru!
“Kenapa tak jawab soalan beta tadi ?.. Betul tak ?” Sultan mula naik angin.
Dengan terketar-ketar mereka menjawab… “Be.. be..betul ! Betul tuanku! betul!”
“Apa yang betul?” Sergah tuanku lagi.
“Si..Si...Si…Siak!.. Siak terlibat tuanku !” jawab mereka dalam keadaan serba salah.
“Tangkap Siak !! bawa mengadap depan beta sekarang juga! Beta nak pancung dia !”
“Jangan tuanku! Jangan ! Membunuh tu berdosa besar tuanku !”
“Berdosa Besar??.. Membuat fitnah lagi berdosa besar. !! Faham?”
Pengadu-pengadu terkedu dan terpaku!. Mereka pada pada mulanya teringin nak pengsan kerana malu , tapi tak jadi. Dalam hati mereka berkata… Apa dah jadi tuanku ni!.. benda simple pun tak boleh fikir….
Yang kita mahu ialah ..…..Hukumlah Yang Berhormat tu !, sama ada penjara ke ! Sebat ke!.. Hukum gantung ke!... Gantung jawatan ke!... Pecat ke!..
Ini tidak!.. Lain yang yang kita cari , lain yang kita dapat!
Sebenarnya Tuanku memang nak menduga mereka. Baginda nak bagi tahu bahawa baginda bukan lah macam Sultan dulu-ulu…seperti yang pengadu-pengadu sangka.. (Semua ini hanya imiginasi penulis saja) –
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan