Sabtu, 27 Ogos 2011

MENGAKU SAJALAH NAJIB &TUN !!

Kenapa setelah Mahathir bersara, baru Mufti ini berani membuka mulut ?!              Beranikah Najib dan Dr M  menyahut kenyataan Mufti Perak ini?

 Kenyataan yang mengatakan bahawa Melayu sudah berpecah, Melayu akan hilang kuasa,  seringkali diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Umno,  termasuk  beberapa NGO yang pro kerajaan UmnoBn. Tujuan mereka hanya hendak menakut-nakutkan orang Melayu khasnya orang Umno agar bersatu kembali!  Tetapi adakah orang Melayu  benar-benar sudah berpecah ? atau ahli Umno yang berpusu-pusu meninggalkan Umno!

 Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selama hayatnya,  beliau tak jemu-jemu menuduh bahawa Pas adalah punca perpecahan umat Melayu. walhal realitinya Pas memang sudah mempunyai ahli dan pengikut yang cukup setia sejak kelahirannya lagi. Kini usia Pas juga, tak jauh bezanya dengan Umno dan peningkatan ahli Pas serta penyokongnya sudah berlipat-lipat kali ganda.

Sesungguhnya Pas sudah lama berdiri kukuh di atas kakinya sendiri. Dasar perjuangan Islam Pas kian hari kian memikat hati orang-orang Melayu terutama gulungan cendiakawan dan ahli-ahli propersional. Hari ini terbukti Pas mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber dan berkualiti!

Berbalik kepada soal perpecahan orang Melayu ! yang dilaung-laungkan oleh Umno. Tak cukup menuduh Pas punca perpecahan Melayu, lalu DS Anwar Ibrahim pula diheret sama sebagai punca perpecahan!
Menuduh Anwar dan PKR sebagai punca  tak masuk akal langsung. Orang yang terinaiya dan terpenjara pula yang jadi penyebab! Mustahil !

Kalau bukan sebab Anwar, bukan sebab Pas, habis siapa yang jadi penyebab? Ramai orang Umno takut-takut nak menjawabnya !  Sedarlah sekalian ahli Umno!  bahawa apa yang berlaku kepada parti Umno  hari ini adalah balasan Allah kepada Mahathir dan kepada Umno sendiri !  Allah sentiasa akan menolong orang-orang yang dizalimi ! 

Dosa Mahathir kepada DS Anwar amatlah besar. Dosa Mahathir kepada orang Melayu juga cukup banyak!  Saham Melayu/Bumiputra susut menjunam atau ghaib tak berkubur ada Mahathir peduli?. Keluasan Tanah Rezab Melayu yang semakin terhakis, ada mereka kesah? Semuanya lenyap atau menjadi habuan Mahathir dan kuncu-kuncunya!

Kepentingan-kepentingan bangsa Melayu semakin terpinggir!  Hak dan keistimewaan orang Melayu banyak yang tergadai,  sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja!. Semuanya kerana ketamakan pemimpin Umno yang ketuai oleh Mahathir .Jadi apa nak dihairankan orang Melayu lari dari menyokong Umno, orang Umno sendiri keluar meninggalkan Umno!  Itulah hasil atau dosa dari perbuatan Mahathir memecat dan memfitnah Anwar !. Terima sajalah ,  usah nak bersungut lagi !  

Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani  baru-baru ini bahawa perpecahan Melayu adalah berpunca dari kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah memang tepat sekali !  Ia dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat,

Mahukah Mahathir mengaku segala perbuatan jahat dan kotornya terhadap Anuar selama ini? Mahukah Mahathir atau Najib mengakui dakwaan yang dibuat oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani? Rakyat tertunggu-tunggu apa komen dan ulasan mereka !

Oleh : rahimothman

Khamis, 25 Ogos 2011

MAHATHIR TOLAK NASIHAT MUFTI

Selepas 13 tahun melihat penyelewengan dan kerakusan pemimpin Umno kenapa pendirian Mufti Perak ini masih tak berubah?   

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata beliau pernah nasihatkan Mahathir - jangan pecat Anwar,  jangan buat tuduhan liwat terhadap Anwar.  Tetapi Mahathir degil ! Mahathir tolak mentah-mentah !

Pak Lah yang menggantikan Tun Mahathir menerima nasib malang apabila tersangat sukar baginya untuk memulih dan membersihkan Umno yang sudah terlalu kotor.

Apabila Dato’ Seri Najib mengambilalih Perdana Menteri dari Pak Lah,  keadaan makin bertambah parah kerana Najib mewarisi tabiat buruk Mahathir. Pemimpin dari keturunan darah bangsawan ini cuma zahir saja nampak hebat, realitinya beliau seorang pengecut!  pembohong, tidak ikhlas, tiada jatidiri, dan tiada wawasan kemana bangsa Malaysia nak dibawa.

Hari ini setiap detik pemimpin Umno mendakwa – Melayu dah berpecah! Melayu dah berpecah ! Melayu dah berpecah!,,,  Lalu mereka menyeru,.. Marilah kita bersatu di bawah payung Umno !  Dengan imej UMNO yang terlalu kotor ini, mana mungkin orang Melayu sanggup berteduh di bawahnya lagi?  Pilihan terbaik untuk mereka ialah PAKATAN RAKYAT

Melayu sebenarnya tidak berpecah! . Yang kelihatan pecah ialah UMNO kerana ramai ahli-ahlinya beralih sokongan kepada PKR dan PAS.  Semuanya ini angkara perbuatan Mahathir yang memecat Anwar dari dua jawatan pentingnya, kemudian menuduh Anwar melakukan liwat. Keruntuhan UMNO menjadi semakin cepat apabila Najib mengulangi perbuatan buruk Mahathir. Najib juga lupa diri. Kesungguhan untuk memperjuangkan nasib Melayu hanya terserlah di bibir saja.

Kesannya,.. lihatlah apa yang berlaku hari ini, rakyat kian meluat dengan UMNO. Tetapi yang menjadi tandatanya di kepala kita apakah Tan Sri Harussani  masih mengutamakan UMNO dari memperjuangkan keadilan yang berteraskan Islam ? 

Oleh : rahimothman

Isnin, 22 Ogos 2011

Selepas dicop penipu, Najib kini bersikap angkuh !!

Pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa tanpa mengambil kira SPR sudah dibersihkan atau tidak... katanya.

Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dalam demokrasi merasa amat kesal dengan kenyataan Najib yang bersifat angkuh. Menurut Najib,  pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa tanpa mengambil kira SPR sudah dibersihkan atau tidak... Kalau begitu apa maknanya  Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan.?

Dalam soal ketidakadilan SPR menjalankan pilihanraya yang adil, pihak yang bersalah atau perlu dipertanggungjawabkan ialah NajibUmnoBN, SPR dan JPN. Segala penipuan dan penyelewengan ketiga-tiga pihak ini telah ditelanjangkan. Satu dunia sudah tahu dan Najib tak boleh berdolak dalik lagi.

Kelmarin dengan nada berani tetapi serba tak kena Najib memberi  respon yang beliau mahu menubuhkan Jawatankuasa khas parlimen. Najib yang mengganggap dirinya pandai,  menyangka pihak pembangkang boleh menerima cadangannya,  tetapi ini tidak berlaku. 

Cadangan Najib itu semakin memperlihatkan kedegilan dan kebodohan dirinya sendiri. Geng sendiri yang buat salah, takkan geng sendiri juga nak menyelesaikan masaalah, tanpa melibatkan orang tengah, orang berkecuali !! 

Masaalah yang dibangkitkan oleh pembangkang dan puluhan badan NGO ini bukan perkara main-main. Ini soal masa depan rakyat yang semestinya dijamin perlembagaan dibawah sistem demokrasi yang adil.

Juga yang lebih penting ialah soal keselamatan negara, yang mana seperti kita sedia maklum JPN telah memberi puluhan ribu kerakyatan mudah kepada pendatang asing !!   Jestru, jawapan yang tepat kepada permasaalahan ini dengan menubuhkan Suruhanjaya bebas atau Suruhanjaya DiRaja

Oleh : rahimothman

Jumaat, 19 Ogos 2011

APA NIAT SEBENAR? Temubual eksklusif dengan Saiful !

Satu lagi pertolongan TV3suku  buat Umno dan Saiful

Malam kelmarin ,  pihak TV3 telah menyiarkan wawancara eksklusif dengan Saiful Bohari Azlan yang kononnya menjadi mangsa liwat DS Anwar Ibrahim. Tindakan ini dilihat amat tidak wajar,  memandangkan perbicaraan kes masih belum selesai.

Tujuan disebalik penyiaran temubual eksklusif ini tidak sukar untuk difahami!. Mereka seolah-olah mahu mempengaruhi mahkamah agar keputusan kes akan berpihak kepada Saiful.  TV3suku pastinya berbangga kerana dapat membantu memuaskan hati pemimpin-pemimpin Umno. Soal wajar atau tidak wajar apa mereka peduli!  Umno dah ajar begitu!

Berbalik kepada kisah pemuda gagah perkasa yang bernama Saiful ini. Banyak persoalan bermain dalam kepala kita sejak dulu hinggalah kehari ini.

Pertama : Kudrat dan fizikal Si Saiful ini sepuluh kali lebih hebat dari DS Anwar. tetapi kenapa dengan begitu mudah kamu diliwat? Kalau kamu dipaksa kenapa tidak diterajang saja orang tua itu?  atau kalau betul liwat ini berlaku, kenapa tak berani mengaku ia dalam kerelaan, bukan paksaan?.

Kedua : Sebelum membuat laporan polis,  kenapa kamu berjumpa Najib, Rosmah, Pegawai khas Najib, Pegawai polis bernama Redzuan,  Ezam Mohd Nor dan lain-lain? Tidakkah ini bermaksud anda sedang diarahkan oleh seseorang untuk merealisasikan pembentukan konspirasi fitnah liwat ini?

Ketiga : Kenapa anda dibuang dari IPT?  Kenapa kalau dah tahu diri tu bodoh,  masih nak mintak biasiswa dari Najib?  Dalam hal ini adakah Najib yang berbohong? atau kamu yang berbohong atau  kedua-dua kamu adalah pembohong?

Keempat :  Kenapa tanda hitam di dahi sudah hilang ? Di awal kemunculan kamu dulu tak ada pun tanda hitam, tetapi tiba-tiba muncul !  Kata orang,..  tanda hitam menunjukkan orang kuat sembahyang! Wallahhu’alam.  Tetapi kenapa hari ini tanda hitam itu dah tak nampak lagi?

Kelima :  Dalam isu sumpah laknat dulu,  kenapa tarikhnya hampir benar dengan waktu pilihanraya kecil Permatang Pauh yang calunnya ialah DS Anwar Ibrahim? Ulat dalam batu pun boleh menjawabnya! Seperkara lagi,.. Siapa yang suruh kamu bersumpah? Adakah Ketua Polis Negara/ KPN yang suruh? Adakah Imam masjid Wilayah yang suruh ? atau Pemimpin Pembangkang?  atau Pemimpin UMNO? Bayi di dalam perut pun boleh menjawabnya !

Sekiranya OKU !  atau insan bernama Saiful ini membaca artikel ini harap dapatlah menjawab lima persoalan yang dikemukakan diatas! Paling tidak pun soalan pertama.

Oleh : rahimothman

Khamis, 18 Ogos 2011

Fitnah Gereja - Papa Gomo Makin Hampir Di Sumbat Ke Penjara..

Isu gereja: Orang dalam MBPJ beri saya dokumen, kata pemblog pro-Umno
http://bloglistpolitik.blogspot.com/

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Pemblog Papa Gomo menafikan dia memalsukan dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Sebaliknya Papa Gomo berkata, dia mendapat maklumat tentang operasi itu daripada “orang dalam” MBPJ yang turut menyerahkan dokumen yang didakwa palsu itu.
“Mana ada saya palsukan, orang dalam MBPJ hantar (dokumen) itu kepada saya... saya mana pandai nak palsukan dokumen.

“Tapi kalau betul saya salah mengapa MBPJ tidak jelaskan perkara sebenar iaitu dewan (di Dream Centre) telah disalah guna sebagai gereja,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Papa Gomo, pemblog pro-Umno dalam entri di laman blognya mendakwa operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dokumen dengan label “Sulit” bertajuk “Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya” itu dimuatkan di laman blog Papa Gomo sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Ekoran pendedahan di blog Papa Gomo itu, ahli-ahli MBPJ termasuk Khalid telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo kelmarin. Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop dalam laporan polis itu berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

Papa Gomo berkata dia sedia disoal siasat oleh polis dan sanggup mempertahankan kesahihan dokumen yang diterima daripada “orang dalam” MBPJ.
“Pada saya sebagai blogger yang membawa kebebasan bersuara adalah kewajipan saya untuk menyampaikan sesuatu berita kepada rakyat.

“Dokumen tersebut dihantar kepada saya dari orang dalam MBPJ, saya yakin kesahihan apa yang dilaporkan dalam dokumen tersebut,” katanya. Beliau menambah, MBPJ harus mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama kerana beroperasi secara haram.

Selain itu “Papa Gomo” turut mencabar Nik Nazmi, Liu, Kok dan Wong untuk turut membuat laporan polis terhadapnya. “Saya cabar Nik Nazmi, Ronie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dan nama-nama lain yang disebut dalam dokumen itu untuk turut membuat laporan polis, janganlah MBPJ dan Khalid Samad sahaja yang buat.
“Terutamanya Teresa Kok dan Ronie Liu,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama, menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

Selasa, 16 Ogos 2011

Si Katak nak jadi tikus !?


Wah! hebatnya Ibrahim Al Katakki.  Beliau berhasrat  PERKASA boleh menggantikan PAS dalam memperjuangkan Islam. PAS katanya sudah tidak boleh diharap lagi menegakkan Islam.

Menurut beliau,   semangat Islam PAS sudah cair gara-gara-bersekongkol dengan DAP !... Huh! begitulah dangkalnya pemikiran Ibrahim anak Ali ini,  bila bercakap mesti berbau perkauman, walhal sikap dan dasar DAP jauh lebih baik dari UMNO.  Parti sekutu kamu UMNO jelas semakin reput dan busuk kenapa pula DAP yang hendak dikaitkan?

Berbalik kepasa isu membela agama Islam !.  Kenapa sekarang baru Brahim PERKASA nak sedar yang Islam telah diperkotak-katik. Selama ini pun UMNO sudah biasa mempermainkan Islam!  kamu tak kisah pun!,  tetapi bila ada pihak lain menyindir Islam kamu melenting!!  Yang hairannya kenapa PAS pula yang disergah? Kenapa PAS pula yang dicabar? Sepatutnya menyalaklah kepada kerajaan UMNOBN yang maha berkuasa !

Nampaknya kamu sendiri macam dah faham bahawa UMNO begitu liat dalam membela Islam. Jadi kamu nak bertindak sendiri melalui pentas PERKASA?  Wahai Ibrahim Ali !  Khatam lah dulu ilmu Islam kamu.  Kalau tidak,  apa yang kamu buat nanti akan menjadi seperti tikus membaiki labu! . Melayu UMNO bertambah lintang pukang!.  Islam UMNO menjadi punah-ranah.

Sedarlah wahai Ibrahim Al Katakki !. Masyarakat Melayu yang celik Islam tidak lagi tergoda atau terpedaya dengan semangat Islam palsu yang ditunjukkan oleh puak-puak kalian maupun UMNO!  Kedua-duanya 2x5 !.  tidak ikhlas!  hipokrit ! segala-galanya berpaksi diatas semangat perkauman ! dan kepentingan diri !  Masyarakat Melayu celik Islam hari ini  tidak mahu lagi meletakkan diri mereka sebodoh Ibrahim Ali Al Katakki  atau  mana-mana pemimpin UMNO

Oleh : rahimothman