Tunjukkan bukti supaya SPR boleh siasat !!, kata Nazri.
Dalam sidang akhbar bersama Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat semalam, Nazri berjanji akan membawa permintaan mereka untuk mengadakan sidang tergempar parlimen kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung isu JPN/SPR menyalahguna kuasa.
Apa yang kita nampak di raut wajah Nazri,.. beliau kelihatan selamba, jauh sekali untuk terkejut dengan kecurangan yang telah dilakukan JPN dan SPR itu.
Nazri seolah-olah macam dah tahu kecurangan itu memang wujud. Di akhir kenyataannya Nazri meminta pihak pembangkang yang membuat tuduhan agar menyediakan bukti kukuh agar SPR boleh membuat penyiasatan !
Kita nak tanya,… selama ini dah berapa banyak kes disiasat? Rasanya tak pernah pun. Setiap kali aduan dibuat, SPR hanya berminat untuk menangkis dan memberi berbagai alasan! Maka adalah sangat lucu apabila Nazri mahu pembangkang tunjukkan bukti, kemudian SPR akan siasat !. Ha ! baguslah tu! Penipu siasat penipu !
Hei, Pak Menteri! Biar betul !! SPR yang buat salah SPR sendiri yang siasat ke? Tak lojik langsung ! Tak habis-habis nak menipu rakyat! Samalah menyuruh si penyangak menyiasat si penyangak !! Jawapannya sudah pastilah penyangak yang betul, penyangak tak buat salah!! YB Nazri ! cukup-cukuplah tu ! Janganlah diulangi kenyataan-kenyataan bodoh itu lagi. Berbulu telinga kami mendengarnya.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan