Rabu, 3 Ogos 2011

DEDAH SEGERA DI PARLIMEN !


Pembohongan PDRM dalam isu “BERSIH” sudah diketahui umum!, penyelewengan dan terlebih guna kuasa oleh SPRM telah dan sedang dibongkar !, Kecurangan SPR juga sudah didedahkan!. Kelmarin terbongkar satu lagi kerja jahat,  kali ini oleh JPN, Jabatan Pendaftaran Negara. 

Menurut pendedahan dari sumber yang boleh dipercayaai, JPN sewenang-wenang mengeluarkan kad pengenalan biru kepada PATI, Dengan bahasa mudahnya Pendatang Asing Tanpa Izin ini diberi taraf warganegara tanpa diminta!.  Maka bagi mereka tentulah "pucuk dicita ulam mendatang"

Tidak syak lagi ia bertujuan untuk membolehkan mereka mengundi  dan kerja jahat ini sudah pasti direstui oleh pihak kerajaan. Tidak mustahil ia hasil kerja satu konspirasi. Di Malaysia bab-bab konspirasi ini memang sudah tidak asing lagi!.  Di Malaysia semuanya boleh!  sebab itu pemimpinnya mencipta slogan “MALAYSIA BOLEH !”  

Tidak ada perkara yang mustahil!. semuanya boleh berlaku,  semuanya boleh dibuat!. Kalau satu ketika dulu Konspirasi maha agong  untuk menjatuhkan Anuar Ibrahim berjaya dilaksanakan, apa bezanya kini !  Sudah tentu isu terbaru mewarganegarakan pendatang asing oleh JPN ini juga merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi – melibatkan Kerajaan UmnoBn,  JPN dan SPR.

Semakin hari semakin jelas ! Nampak terang dan nyata sekarang!  Daftar pemilih untuk menghadapi PRU ke-13 yang disediakan oleh SPR tidak lagi bersih! malahan terlalu kotor!  Kewujudan pengundi hantu yang dihebuh-hebuhkan selama ini ternyata benar dan ia bertambah berlipat kali ganda ! 

Jestru, kepada sekelian ahli-ahli parlimen! Ayuh segera! Jangan lengah-lengah lagi !  Dedahkan di parlimen ! Buat sesuatu yang perlu! demi untuk keadilan,  demi untuk rakyat!  Jangan sampai Najib membubarkan parlimen dalam keadaan Senarai Daftar Pemilih masih tidak bersih!

Kata-kata Najib masih terngiang-ngiang di telinga!.  "Kita akan pertahankan PUTRAJAYA walau dengan apa cara sekali pun !"  Maknanya termasuklah dengan cara yang salah atau tidak halal !  Sekarang kata-katanya itu sudah terbukti !

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. Alooo brader.. lu nie lambat laa.. orng dah nek tingkat 15. lu baru panjat tinggat 8.. heheh. tengok kat cni.

    http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/08/azmin-ali-saifuddin-zuraida-anak.html

    BalasPadam