Kebusukan SPR dan JPN terbongkar !
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tak banyak bezanya dengan Tun Dr Mahathir terutama dalam bab bohong!
Sejak dulu, hingga kehari ini dalam banyak hal, Najib dilihat tidak jujur kepada diri sendiri, tidak ikhlas kepada rakyat Malaysia, tidak bercakap benar dan cuba melindungi sesuatu!
Terbaru,..beberapa hari sebelum 9 Julai 2011 di mana himpunan “BERSIH 2” telah diadakan, Najib telah mengesah dirinya seorang penipu. Beliau tiba-tiba confirm menyamai seekor biawak! dan menyerupai seekor ular sawa yang hebat membelit ! Tidak keterlaluan kalau dikatakan beliau adalah bapak penipu.
Ini adalah kerana diperingkat awal Najib telah membenarkan perhimpunan “BERSIH 2” diadakan di mana-mana stadium. “Menjeritlah sampai pagi pun” katanya. Tetapi akhirnya beliau sendiri yang menghalang, dengan memberi berbagai alasan yang tak masuk akal. Maka jelaslah dimata rakyat bahawa Najib sebenarnya seorang pembohong!, seorang penipu besar!.
Kelmarin dalam satu lagi kenyataannya, Najib tak semena-mena mendakwa pernah bercadang untuk membenarkan perhimpunan dibuat di Stadium Shah Alam. Lihatlah ! pandainya Najib bermain dengan kata-kata! Entah dengan siapa beliau berkata perkara itu wallahhu’alam. Boleh jadi beliau bercakap dengan jin atau dengan dirinya sendiri ! Begitulah sifat orang munafik ! Berbohong untuk kali yang ke-100 buat menutup pembohongan kali ke-99.
Maka tidak hairanlah, seluruh ahli Umno dan seluruh jentera Umno telah diselaputi budaya menipu ! Tidak ketinggalan juga beberapa kementerian dan agensi kerajaan hari ini telah sebati dengan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa!. Bahasa mudahnya - menipu.
Terbaru dan terkini ! Diberitakan sebiji telur tembelang burung unta akan pecah! dan sudah pasti bau busuknya akan menusuk kebatang hidung rakyat diseluruh Negara !. Kerja kotor Najib dan kerajaannya UMNO/BN sedang dibongkar dan akan terus dibongkar !! Menurut beberapa maklumat dan sumber yang boleh dipercayai, SPR dan JPN Jabatan Pendaftaran Negara telah memberi Mykad biru atau memberi kerakyatan mudah kepada Pendatang Asing Tanpa Izin, PATI. Tidak syak lagi ia bertujuan untuk membantu kemenangan UmnoBn dalam PRU ke-13 nanti! Betulkah semua ini? PM, sila jawab!
Rakyat nak lihat apa respon Najib selepas rahsia kerja busuk kerajaan UmnoBn ini terbongkar ! Mungkinkah pembohongan kali ke 101 untuk menutup pembohongan ke-100 akan keluar dari mulut Najib?. Sama-sama kita tunggu !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan