Bersetuju kena!, tak bersetuju pun kena !
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin hari semakin terhimpit dan tersepit. Pembongkaran kes pembelian kapal selam yang melibatkan pembunuhan Altantuya terus menghantuinya! Sikap pendustanya dalam isu “BERSIH 2” sudah terbukti dan diketahui umum! . Perangai dan sikap melampau Datin “first lady” nya cukup memeningkan kepalanya !
Terbaru, diberitakan mahkamah sudahpun membenarkan pihak peguam bela memanggil beliau dan isterinya Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes fitnah “Liwat 2” yang kini hampir sampai ke penghujungnya! Soalnya, mahukah Najib? Beranikah Najib tampil di makhkamah? A tau Najib dalam keadaan serba salah? Semuanya mungkin !
Kalau Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib Tun Razak ini benar-benar anak jantan, ada maruah, sepatutnya beliau tampil kedepan!. Bukan hanya berani dibelakang! Atau berani membuat kenyataan diakhbar dan tv saja. Buktikanlah ! yang beliau tidak terlibat dalam konspirasi kedua terhebat abad ini - selepas konspirasi Kes Fitnah Liwat 1998 ciptaan Dr Mahathir..
Dalam saat-saat genting yang menimpa Najib sekarang ini,.. andainya Najib tak mengaku terlibat dalam konspirasi ini, dia akan malu kerana peguam bela telah mengemukakan banyak bukti. Sekiranya Najib mengambil keputusan untuk mengaku yang beliau memang terlibat, dia akan malu besar!
Agak-agaknya antara dua keputusan itu yang mana Najib pilih ya?. Sama-sama kita tunggu!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan