Jumaat, 12 Ogos 2011

Ugutan jenayah, polis harus ambil tindakan ke atas Ezam


KUALA LUMPUR: Polis harus mengambil tindakan tegas dan segara terhadap Senator Mohamed Ezam Mohd Noor yang mahu membakar pejabat portal berita tertentu kerana ia adalah ugutan jenayah.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata kenyataan itu terang terangan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaaan.

“Mereka yang melakukan jenayah tidak harus terlepas semata-mata kerana mereka dari parti pemerintah atau berkait rapat dengan kerajaan,” katanya pada kenyataan media, petang ini.
Beliau merujuk kenyataan Ezam yang mengancam membakar Malaysiakini dan Malaysian Insider berikutan tidak berpuas hati dengan laporan berkaitan serbuan Jais terhadap sebuah gereja.
Ezam berkata demikian pada perhimpunan selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Adul Aziz Shah di Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Surendran terkejut kerana seorang ahli Dewan Negara membuat kenyataan sedemikian dengan membuat ancaman terbuka untuk melakukan jenayah.

“Ini adalah ancaman luar biasa terhadap pejabat dua portal berita itu, lebih serius ia juga ugutan kematian kepada wartawan dan pekerja berkaitan,
“Kebebasan media asas demokrasi. Malangnya, ia diganggu gugat oleh seorang senator Umno,” katanya, menambah ia cubaan untuk mengetat kawalan terhadap organisasi berita yang bebas, adil dan seimbang.
Sedangkan, Surendran berkata, rakyat maklum kerajaan mengawal ketat media cetak termasuk wujud keperluan memohon permit mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Katanya, tindakan itu menunjukkan Ezam tidak menghormati kebebasan rakyat untuk bersuara yang termaktub dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.
“Tidak ada kebebasan bersuara jika media baru ditekan, diugut dan dikawal,” katanya sambil menyatakan memang resmi Umno Barisan Nasional (BN) melanggar Perlembagaan.
RAKYAT MARHAEN

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan