Selasa, 9 Ogos 2011

SIKAP IBRAHIM ALI & PERKASA HANYA PURA-PURA


Pakatan Rakyat telah pun mendedahkan di parlimen  penglibatan Israel dalam kerajaan Malaysia sejak setahun yang lalu oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, tetapi hari ini PERKASA  terhegeh-hegeh pula baru nak buat pendedahan kononnya  Israel ada peranan dalam PDRM. Nampak sangat PERKASA ketinggalan keretapi. Barangkali Ibrahim Ali sudah kehabisan modal!  Sikap dan pendirian mereka  macam berpura-pura dan melepaskan batuk di tangga!. 

Kenapa PERKASA mendiamkan diri apabila JPN/SPR melakukan pengkhianatan terbesar dalam sejarah? Rahsia JPN sudah terbongkar dan seluruh dunia sudah tahu apabila JPN memperdagang maruah Negara dengan memberi kerakyatan mudah kepada warga asing!  Menurut lojiknya apabila warga asing ada Mykad biru sudah pasti mereka layak mengundi dalam pilihanraya! Inilah satu-satu nya permainan paling kotor dan busuk pernah dilakukan oleh UmnoBn dengan kerjasama JPN/SPR.

Di mana suara PERKASA dalam isu ini?  Kemana lenyapnya ngauman Ibrahim Ali yang selama ini ada menganggapnya bak harimau Malaya, walhal cuma setaraf harimau sarkas saja ! Taring dah tak ada,  gigi dah tercabut!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan