Harapkan pagar, pagar makan padi ! Sanggup perjudikan keselamatan dan kedaulatan Negara!
JPN ibarat musang berbulu ayam ! Tembelang telah pecah apabila kegiatan busuk mereka dibongkar !! Semua ini gara-gara patuh dan taat kepada telunjuk Umno!. Kenapa Umno sanggup menggadai maruah Negara? Kenapa Umno sanggup memperjudikan soal keselamatan dan kadaulatan Negara?
Dalam keadaan PRU ke-13 semakin hampir , dan UmnoBn pula tinggal nyawa-nyawa ikan, Allah takdirkan semua ini berlaku! SPR berlaku curang dalam proses melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus, manakala JPN pula dalam diam-diam membuat kerja busuk dan terkutuk!!
Ribuan kes penipuan telah dapat dikesan! yang melibatkan pendatang asing, yang mana mereka dengan begitu mudah boleh menjadi warganegara Malaysia apabila kad MyPR mereka dalam masa yang singkat boleh bertukar menjadi Mykad.. Wow!! JPN nampaknya begitu power dalam hal ini!, tapi malang!, ia tak dapat disorok lagi!
Dengan kata lain JPN sewenang-wenang boleh menukar kad pengenalan merah yang dimiliki oleh pendatang Asing, menjadi Mykad berwarna biru. PATI atau Pendatang Asing Tanpa Izin ini akhirnya akan layak mengundi untuk membantu kemenangan UmnoBn dalam pilihanraya-pilihanraya yang akan datang. Inilah matlamat dan tujuan mereka!. Sungguh dahsyat!, sungguh melampau. Mereka ini amat wajar dipanggil Pengkhianat Negara !!
Oleh kerana kotor dan jijiknya perbuatan pegawai-pegawai JPN ini seharusnya mereka diheret kemuka pengadilan! Jika sabit kesalahan jatuhkan hukuman yang berat atau setimpal ! Perbuatan mereka ini ibarat membunuh gajah, semata-mata mahukan gadingnya ! dan gajah sudah pasti akan menjadi bangkai !. Bangkai gajah tak akan dapat ditutup dengan nyiru !! Ini yang berlaku keatas JPN sekarang!
Selama ini pimpinan Umno dan kerajaan tak putus-putus bercakap soal nak membina kekuatan bangsa!, mempertahankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang, memelihara kedaulatan Negara dan sebagainya ! tetapi apa yang berlaku hari sudah jauh menyimpang, ia sudah terbalik 180 darjah. Kerja busuk yang telah dilakukan oleh JPN yang bertuankan Umno ini sudah keterlaluan !. Ini merupakan satu pengkhianatan kepada bangsa dan Negara.
Kerana hendak mempertahankan kuasa, UmnoBn sanggup melakukan apa saja walaupun dengan menggadai maruah, merobek dan memperkosa undang-undang yang kita junjung selama ini! JPN seharusnya jangan memberi berbagai alasan lagi. Mengaku sajalah bahawa kami terpaksa melakukan kerja-kerja sumbang mahram ini atas paksaan Umno, habis cerita ! InsyaAllah rakyat boleh memaafkan. Itupun setelah anda semua bertaubat !!
Oleh : rahimothman
Dah teruk dah sistem negara kita ni. Dah jatuh pada tahap Wajib untuk tukar pemerintah. Wahai melayu2 yg sembahyang tak tinggal, haji dah berpuloh kali, umrah dah beratus kali... berhijrahlah... tak guna kalau masih dok sokong pemerintah yg zalim dan munafik...
BalasPadam