Rabu, 10 Ogos 2011

Sudah Terang lagi Bersuluh. Dimana pendirian Tegas YDPA ?

Oleh: sp4n4r                  

"Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh Pembangkang, betapa pincangnya SPR tidak bersikap cekap dan telus. Satu persatu pendedahan dibuat, dimana Data di Jabatan Pendaftaran negara tidak selari/sepadan dengan Data di Suruhanjaya Pilihanraya Raya, namun, sehingga kini, pendirian TEGAS Majlis Raja-raja dan Yang Di Pertuan Agong, masih tidak kedengaran.

Kedaulatan dan Demokrasi negara bakal dicemarkan dengan kehadiran pengundi dari Pendatang Tanpa Izin yang diberi hak sebagai pengundi bagi menentukan kerajaan yang bakal memimpin.

Rakyat seperti tidak mempunyai tempat bergantung dan mengadu apabila penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh SPR. Hak Rakyat Malaysia  untuk menentukan kerajaan yang bakal diamanahkan, dinodai oleh kehadiran Pengundi dari Pendatang Tanpa Izin. 

Malang sungguh rakyat Malaysia yang HANYA mempunyai Raja Berpelembagaan."
RAKYAT MARHAEN

1 ulasan:

  1. Ya Allah sesungghnya kami ini lemah dan tidak mampu melawan mereka yg zalim ini tanpa izin Mu Ya Allah... mereka yg zalim ini disokong oleh berbagai kumpulan yg jelas melakukan penyelewengan dan penipuan yg boleh menjejaskan maruah dan keselamatan masyarakat, agama Islam dan tanah air kami Ya Allah... Kami dengan segala kelemahan dan hina bermohon bantuan dari Mu Ya Allah supaya kami, anak-cucu kami dan negara kami diselamatkan dari fitnah oleh pemimpin2 kami sendiri yg berbuat zalim demi mempertahankan kuasa dan darjat mereka. Ya Allah Kau timpakanlah balasan yg setimpal dan Kau hinalah pemimpin2 yg zalim dan pemimpin2 yg berkuasa tetapi tidak menjalankan tanggungjawab mereka serta mereka yg bersubahat ini agar menjadi pengajaran kepada masyarakat kami Ya Allah... Di atas segala KemuliaanMU, KebesaranMU, KegagahanMU, IhsanMU dan diatas keberkatan bulan yg mulia ini dan puasa hamba2 Mu yg teraniaya ini kabulkanlah doa kami yg terniaya ini Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.

    BalasPadam