UmnoBn menggelupur setelah Anwar tubuhkan PKR dan PR. UmnoBn makin resah bila Ku Li tubuhkan AMANAH. Sekarang ni mereka macam cacing kepanasan.
Dari padi menjadi beras ! dan beras adalah makanan utama rakyat.! Anwar sudah mencipta sejenis benih padi yang amat hebat dan berkualiti.
Kini ia sudah ditanam, hidupnya subur dan telah pun berbunga.
Tak lama lagi akan berbuah ! InsyaAllah, pasti hasilnya nanti akan dinikmati oleh seluruh rakyat! .
Rakyat sudah bosan dengan beras hancur dan berkulat yang disediakan oleh kerajaan UmnoBn.
Ya, begitulah hebat dan unggulnya DS Anwar Ibrahim. Dengan kuasa Allah, setelah difitnah dan diaibkan oleh Tun Mahathir dan Umno partinya sendiri dalam kes “Fitnah Liwat 98” ,.. hari ini Anwar Ibrahim telah berjaya mengubah lanskap politik Negara.
Daripada politik kuno, politik busuk dan sempit, sarat dengan perkauman,.. kini Malaysia sedang dibawa oleh Anwar menuju kesatu dimensi baru! politik bersih tanpa najis! dan politik sihat tanpa penyakit !, Gelombang refomasi yang membawa kearah politik baru ini sememangnya dinanti-nanti oleh rakyat. Syukur Alhamdulillah,! Hasil dari kezaliman Mahathir, kini Allah sedang memberi ganjaran kepada rakyat bersama PAKATAN.
Sedar ! dan insaflah UmnoBn! Rakyat mahukan politik yang menjurus kepada perpaduan sebenar!, bukan politik perkauman! Rakyat mahukan politik keadilan, bukan politik zalim dan menindas ! Rakyat mahukan politik membela rakyat !, bukan politik keluarga dan kroni !
Hari ini Allah semakin melapangkan jalan yang dilalui oleh PAKATAN RAKYAT ! . UmnoBn menjadi semakin resah, ibarat cacing sedang kepanasan! lebih-lebih lagi selepas terbentuknya sebuah NGO yang menamakan diri mereka “AMANAH” pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Yang menjadi kerisauan mereka ialah andainya “AMANAH” dan Tengku Razaleigh akan bersama Pakatan Rakyat !! Jika ini berlaku UmnoBn pasti akan lumpuh seluruh badan!!
Akhir-akhir ini perbagai persoalan bodoh ditimbulkan oleh Umno, termasuk isu penubuhan “AMANAH”. Mereka pertikaikan apa rasional nya penubuhan itu, apa niat sebenar Ku LI, Pakatan Rakyat kononnya merayu pada Ku LI untuk menerajui Pakatan sebab Anwar telah/akan masuk penjara !. Macam-macam tuduhan dan spekulasi dibuat ! APA HAL DENGAN UMNO NI? APA MASAALAH? Kalau teringin nak join Pakatan silakan !!
Kita nak bagi tahu Umno !!! Siapa pun yang akan jadi ketua Pakatan Rakyat atau PM, itu bukan persoalan! Yang Umno susah hati sangat tu kenapa?,… Ya, lah! Anwar tu peliwat !, penzina, mana layak jadi PM! Kalau benar-benar Anwar tu peliwat dan penzina, Umno tak usah risau! Allah akan memberi petunjuk ! Umno jangan nak ajar orang Pakatan !. Pemimpin Pakatan Rakyat lebih celik Islamnya dari Umno !. Sebodoh-bodoh rakyat adalah sebaik-baik pemimpin Umno !!
Sekali lagi kita nak bagi Umno faham!.. Matlamat Pakatan bukan nak letak Anwar sebagai PM! Matlamat PAKATAN RAKYAT ialah untuk menukar kerajaan UmnoBn yang zalim, kerajaan rasuah! kerajaan hipokrit ! kerajaan “You give me, I give you” Kalau ditakdirkan Allah, Anwar menjadi PM, jadilah!.
Kalau Haji Hadi atau Lim Guan Eng, atau Tengku Razaleigh atau sesiapa saja yang bakal menjadi PM, maka jadi lah !. Kita merancang, Allah juga yang menentukan !!
Daripada Umno membuang masa, lebih baik Umno fokus pada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Lobi dan sokonglah dia jadi PM. Setidak-tidaknya Muhyiddin baik sikit dari Najib. Tak ada kes kapal selam, tak ada kes Altantuya, tak ada kes khalwat dengan artis!, tak ada kes isteri lanyak wang rakyat! dan tak ada kes “Queen Kontrol “
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan