Sabtu, 30 Julai 2011

SIAPA MENJAHANAMKAN NAMA BAIK POLIS ?

Kasihan PDRM, diperlakukan seperti lembu dan kerbau, hidung dicucuk !

Bermula 1998 nama polis yang sebelum ini boleh dikata agak bersih,  sedikit demi sedikit telah tercemar.   Ia di mulai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir,  Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor dan kemudian diikuti oleh Musa Hasan.

Hari ini imej dan kredebiliti polis terus menjadi parah Rakyat hilang kepercayaan dan hilang rasa hormat kepada polis !.  Kenapa?  Siapa  yang bertanggungjawab memburukkan imej PDRM?

Siapa lagi kalau bukan orang Melayu sendiri !.  Siapa orang Melayu itu? Tak lain tak bukan mereka ialah pemimpin Umno!.  Siapa pemimpin Umno itu ? . Hah ! tak kan itu pun tak tahu!!  Dia orang ni saudara sepupu. Sorang nama Ajib,  sorang nama Hisham !  Seorang jadi pemimpin nombor satu Negara, dan sorang lagi jadi orang nombor satu dalam KDN ( kementerian Keselamatan Dalam Negeri). Kedua-dua mereka ini sangat tinggi egonya ! Bila mereka nak sedar dan berubah? Wallahhu’alam !

Kepada PDRM,  khasnya Ketua Polis Negara/ KPN !!  Rakyat sebenarnya sangat bersimpati dengan nasib anda !  Sampai bila PDRM mahu diperkuda sebegitu rupa?, Yang teruk berkerja ialah anggota-anggota bawahan,  Mereka ini diarah dan dikerah!  berkerja macam anjing – kejar sana kejar sini, tangkap sana tangkap sini!  dan akhirnya mereka sendiri yang mendapat malu, dimarah dan dicaci oleh orang ramai !

Cukup-cukuplah tu!  Insaflah ! Jangan terus-terusan mahu menjadi kuli Umno! . Umno bukan raja ! yang perlu ditaati!  Dan perlu dingat!  Polis juga bukan raja !!  PDRM ialah Polis Diraja, yang bernaung di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu.  Kesetiaan dan khidmat polis harus diberikan kepada Raja dan juga rakyat umum. Berkhidmatlah untuk kesejahteraan orang ramai dan masyarakat!  - bukan menjadi khadam kepada sebuah parti yang bernama UMNO!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan