Ahad, 24 Julai 2011

Komen penulis disebalik kenyataan Rais anak Yatim

Menurut menteri ini, apa yang disiar di TV, itulah yang sebenarnya!
Sekali menipu terus menipu,.. barangkali selagi duduk dalam kain selimut Umno, selagi itulah mereka mesti menipu!!

Menurut Dato’ Seri Dr.Rais Yatim   Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  RTM  akan menyiarkan video rakaman perhimpunan 9 Julai lalu  secara berterusan bagi mendedahkan perkara sebenar yang telah berlaku. 

Apakah setiap yang disiarkan melalui tv itu benar?!  Semuanya benar? … Yang menipu pun boleh di istilahkan benar? Bertambah satu lagi khurafat dalam Umno!!

Bukankah tv itu Umno punya ? Jadi dimana lojiknya semua yang disiarkan dalam tv itu benar?  Rais tak sedarkah? yang rakyat  sebenarnya  dah sedar !  bahawa  semua tv di Malaysia ini terutama RTM dan tv3 suku adalah penipu !.

Beliau berkata rakaman video yang mula disiarkan malam tadi perlu ditonton orang ramai yang inginkan jawapan kepada tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim terhadap peserta perhimpunan haram itu.

Dato’  kata perhimpunan itu haram?  Agong pun tak kata haram ! Sah!, memang Dato’ lebih besar dari Agong.  Bab tonton, Dato’ Rais jangan bimbang !  Rakyat memang tak sabar nak menontonnya!  Kerana rakyat nak tahu berapa banyak penipuan dan pembohongan dalam video itu. Memanglah dalam video tu gambar polis mengganas tak ada !. Sebab?  Polis dah padam, polis dah edit.  Sebab itu setelah dua minggu baru nak siar !

 “Saya menyeru semua rakyat Malaysia menonton RTM bagi melihat daripada segi sebenar dan tepatnya apa yang telah berlaku dan hakimkan sendiri apa yang telah dirakamkan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam pertandingan badminton persahabatan antara RTM dengan pasukan Datuk Seri Utama Rais Yatim di sini hari ini.
 
Rakyat dah tonton pun !  sah! confirm ! video polis itu banyak menipu ! Video hasil tangan pendemo jauh lebih real ! Hari ini berlaku, hari ini juga keluar dalam blog! melambak-lambak!. Kekasaran dan keganasan polis terang-terang ditunjuk!  Dalam video polis kemana perginya gambar-gambar tu semua?

 Dipetik Bernama Online, RTM akan menayangkan adegan-adegan sebenar perlakuan politik jalanan yang dilakukan pada hari berkenaan, sekali gus menjelaskan siapakah yang sebenarnya berbohong. Semalam, polis berkata telah menyerahkan rakaman kepada RTM untuk tujuan siaran.
Haa ! tayanglah ! tayang hari-hari  macam video lucah dulu. Lagi lama ditayang, lagi ramai rakyat yang menyampah. Sebelum melihat video polis,   rakyat dah tahu polis berbohong!.  Setelah melihatnya,  rakyat bertambah yakin polis adalah bapak pembohong,  sama dengan PM!

Ditanya sama ada rakaman video yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diedarkan ke stesen televisyen lain, Rais berkata pihaknya akan berbuat demikian sekiranya PDRM memberikan persetujuan.

Nak dapat persetujuan polis konon!  Oooo,  betullah tu!  Samalah macam kes video lucah dulu! Setelah dapat kebenaran polis,  barulah Datok T tayang di hotel lima bintang itu ! kan?

Apa-apa pun Dato’ tak usah risaulah ! Dah tentu polis setuju – sama-sama setuju !  Maklumlah sama-sama nak berbohong,  sama-sama nak untung.  You help me!, I help you. You give me,  I give you !  Cukup-cukluplah, buat kerja menipu tu !  malu kat rakyat !


Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan