Nampaknya Agong sudah pun mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengan isu perhimpunan BERSIH. Kenyataan tersebut menggambarkan harapan agar perhimpunan “BERSIH”yang aman tetapi didakwa haram itu tidak berlaku! Dan dalam masa yang sama juga DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengharap agar pihak yang kena tuntut mengambil sesuatu tindakan agar suara rakyat tidak diketepikan begitu sahaja.
Kenapa Yang Dipertuan Agong membuat kenyataan? Tidak mustahil, ia hasil dari desakan Umno! Begitu sikap dan tabiat Umno,.. Bila tersepit akhirnya mereka melutut dengan Agong. Apa-apa pun semoga pihak Polis dan pihak-pihak yang berkenaan lebih memahami apakah tujuan sebenar perhimpunan “BERSIH”. Bukan membuat tuduhan melulu yang karut-marut, dan bukan berprasangka buruk yang sengaja direka-reka! Terbukti penyelewengan telah berlaku dalam SPR, maka kekotoran itu mesti dibersihkan !
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan