Selasa, 12 Julai 2011

KPN kata Anwar penipu, PM Bapak Penipu !!

Ketua Polis Negara mendakwa Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim cuba menipu berhubung dengan kecederaan yang di alaminya semasa demontrasi BERSIH 9 Julai 2011 kelmarin.  Menurut KPN  Anwar tidak berada di lokasi dimana polis melepaskan tembakan gas pemedih mata itu.


Merujuk kes Mat Sabu pula,    Mat Sabu mendakwa beliau benar-benar telah dilanggar oleh kenderaan polis semasa sedang membonceng motosikal  dan mendapat kecederaan,..  namun pihak polis tetap tidak  mengaku, malah menafikan.

Dalam kedua-dua kes KPN bercakap benar atau cuba bermain wayang ! atau KPN sengaja cuba mempertahankan kecurangan dan keterlanjuran orang-orang bawahannya?

Banyak rekod telah membuktikan PDRM sering berbohong atau berdolak-dalik!. Kenapa PDRM suka berbohong? Kenapa mereka tak takut berbohong?  Jawapannya mudah!,...Kerana pemimpin negara paling atas adalah seorang pembohong!  Membohong dan memfitnah menjadi amalan mereka ! 

Maka dengan sebab itulah kebanyakan pemimpin Umno termasuk  jentera kerajaan dilihat tidak bersih!. Penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah bagai sudah tidak terkawal lagi!

Berbalik kepada isu kecederaan DS Anwar…   setakat ini kita belum dengar lagi suara-suara sumbang yang mendakwa  Anwar  mencederakan diri sendiri,  sebagaimana Dr.M pernah menuduh Anwar melebamkan mata sendiri semasa dalam penjara satu ketika dulu.  Cukuplah Mahathir seorang yang bengap !  takkan ada insan lain yang mahu jadi bongok macam beliau!  

Bila KPN nak berubah?  Bila KPN nak meninggalkan amalan-amalan kotor yang pernah dibuat oleh KPN yang lalu?  Sampai bila PDRM nak jadi Pak angguk kepada pemimpin Umno? Sampai bila PDRM mahu menzalimi rakyat yang dahagakan keadilan dan keamanan? Sampai bila PDRM mahu dicop sebagai,...PRDM? (Polis Raja di Malaysia).

Mengapa kerajaan Umno begitu liat untuk berubah ?  Mengapa Umno sangat  keras hati untuk memahami jiwa dan kehendak rakyat?  Mengapa rakyat yang meminta perkara baik Umno tuduh rakyat berniat jahat!? Nampak sangat Umno yang bermata kabur, kini sudah buta!!  Buta segala-galanya !

Rakyat Malaysia  sentiasa berdoa!  Berharap dan berharap!  Menunggu dan terus menunggu!,.. tetapi nampaknya macam menunggu pelepah pisang gugur ke bumi ! walaupun sudah kering, teramat sukar untuk terlucut dari batangnya!  melainkan dicantas dengan parang !!  Apa-apa pun rakyat masih bersemangat!  Rakyat masih belum kecewa,  selagi matahari pagi terbit di sebelah timur.   

Nasihat buat pemimpin Umno khasnya Dato’ Najib!,,, Berubahlah ! atau berundur saja !  Jangan tunggu jutaan rakyat memberontak atau merusuh!  Kesabaran rakyat ada hadnya!

Oleh : rahimothman

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan