Tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang terus-terusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin? Kenyataan Media: Siapa Lebih Berkuasa? Agong, Najib atau Hisham?
Respon kepada tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang terus-terusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin? Ini kerana, secara jelas Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini. Maka, Hishammuddin seharusnya taat dan patuh, seperti seharusnya sebagai seorang Melayu dan warganegara Malaysia.
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri nampaknya sudah lepas tangan dan ketidak-upaya lagi untuk menambat dan mengawal perilaku buas Menteri-menterinya. Malah sebaliknya terus memberikan perlindungan tertinggi buat mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya. Kedayusan Najib ini melihatkan seolah beliau kini menjadi Pak Turut dan mangsa buli Menteri bawahannya pula.
Maka, hancurlah Ketuanan Melayu, berkaratlah hunusan keris yang Umno perjuangkan selama ini apabila Menterinya sendiri nampaknya sudah tidak lagi menghormati YDP Agong dan Perlembagaan.
Selain dari 8 tuntutan Bersih sedia ada, kami juga menuntut agar:
1. Hishammuddin segera membebaskan kesemua 194 tahanan, termasuk 6 yang ditahan dibawah Ordinan Darurat.
2. Menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barangan Bersih yang telah dirampas.
PDRM harus bekerjasama mengawal keadaan, bukan memburukkannya lagi.
Sekian. Terima kasih.
YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan