Khamis, 28 Julai 2011

TAHUKAH ANDA SIAPA POLIS MALAYSIA ?

 1.    Khabarnya, Polis Malaysia sudah bertukar nama,…   Polis Di Raja Malaysia atau PDRM kini memiliki nama baru - PRDM – Polis RAJA di Malaysia,…sesuai dengan tindakan bengis, rakus dan ganas mereka.

2.    Polis Malaysia suka berdolak dalik, cakap tak serupa bikin - sebijik macam pemimpin Umno, terutama PM
(Contoh – Polis tak mengaku  sembur air berkimia dan tembak gas pemedih mata kearah hospital, akhirnya mengaku.  Najib kata “BERSIH 2” boleh berhimpun di stadium,. lepas tu kata tak boleh! dengan memberi berbagai alasan )

3.    Polis Malaysia suka menangkap si pengadu , tetapi membiarkan pihak yang diadu bebas !         (Contoh – Naib Presiden PKR mengadu polis cuba mencederakan DS Anwar,  tetapi beliau sendiri pula yang ditangkap dan disoal siasat – celaka betul ! siapa yang celaka ya?)

4.    Polis Malaysia suka menangkap orang awam tanpa alasan yang jelas dan kukuh!,  terutama individu dari parti pembangkang   termasuk wakil rakyat. malahan mana –mana individu yang pro pembangkang.
( Contoh,. terbaru,.. berlaku di KL Sentral,.. beberapa individu menghampiri Dato’ Najib kerana hendak memberi surat,  tetapi tak semena-mena mereka ditangkap polis! )

5.    Polis Malaysia amat takut dengan warna kuning. Jika terserempak orang awam berbaju kuning pasti ditangkap!   ( Penangkapan bermula sebelum himpunan “BERSIH 2” ,  semasa himpunan dan selepas himpunan “BERSIH 2”)

6.    Polis Malaysia amat takut dengan perkataan “BERSIH” . Selagi ada orang awam memakai baju bertulisan “BERSIH” pasti ditangkap!  Kenapa ya?,  Boleh jadi kerana mereka sudah biasa dengan amalan-amalan “KOTOR”  hingga menyebabkan yang bersih mereka melihatnya kotor !  Sebab itulah polis menggunakan semboran air berkimia untuk membersihkannya !       (Penyemburan air berkimia  ini berlaku semasa perarakan himpunan “BERSIH 2” manakala penangkapan banyak berlaku sebelum dan sesudah perhimpunan )

7.    Polis Malaysia, bila ditanya kenapa anda suka menangkap sesuka hati? bertindak rakus dan kejam terhadap orang awam yang tak berdosa?  Apa jawapannya?  Ini jawapan polis,…:…
i)             faktor keselamatan !!
ii)             kami mengikut arahan orang atas !! (Kalau orang atas suruh mereka makan taik, mahukah mereka agaknya)

8.    Polis Malaysia,  apabila salahlaku mereka didedahkan dan dibuat laporan polis,.. maka dengan spontan polis akan membuat penafian,.. lalu dibuat pula laporan balas polis yang palsu!
( Ini merujuk kepada video himpunan “BERSIH 2” keluaran PDRM yang mana isi kandungan sangat terhad dan amat meragukan! )

9.    Polis Malaysia  menjadikan orang awam  sebagai sasaran atau latihan tempat menembak, walaupun sasaran itu belum dipastikan penjenayah!  (Satu dari beberapa contoh – kes pembunuhan adik Aminulrashid sampai la ni polis masih berdolak dalik)

10.  Polis Malaysia, bila terlihat kartun politik  tiba-tiba saja perut mereka menjadi senak lalu ceret-beret.  Badan mereka menggigil,  tetapi tak pasti kesejukan atau kepanasan!       ( Ketakutan polis terbukti, - apabila banyak buku kartun politik Zunar di rampas dan Zunar sendiri beberapa kali pernah diheret ke balai polis)

Oleh : rahimothman

       SECEBIS DARI KERAKUSAN & KEGANASAN POLIS !

                           oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan