Perarakan “BERSIH ” 9 Julai 2011 Sabtu lalu telah pun tamat dan ia memberi impak yang amat bermakna. Semangat dan kehendak sebenar rakyat telah pun dizahirkan.
Tak ada sebuah rumah pun atau kedai yang dibakar ! Tak ada kereta yang dipecahkan. Tak ada nyawa yang terkorban disebabkan tindak-tanduk pendemo. Ini menunjukkan penemuan bom-bom petrol, parang dan sebagainya oleh polis sebelum ini adalah lakunan polis semata-mata , untuk menakut-nakutkan rakyat.
Sepatutnya pihak PDRM merasa malu kerana tindakan jahat dan bodoh mereka begitu mudah dibaca oleh orang ramai. Sedarlah PDRM!, orang ramai sedang mentertawakan kamu! Orang ramai sedang membenci perbuatan zalim kamu !!
Kepada kerajaan UmnoBn dan SPR, insaflah !! Jangan terlalu keras hati, degil!. Rakyat menuntut sesuatu yang amat wajar. Bersihkan senarai nama pengundi terkini!, laksanakan piliharaya dengan telus dan adil!, sebagaimana yang termaktub di dalam lapan perkara yang dituntut,.. itu saja!
Di bawah ini sedikit petikan kata-kata Mat Sabu, Naib Presiden PAS yang mengalami kecederaan setelah dilanggar kenderaan polis semasa perarakan “BERSIH tempoh hari.
"Lapan tuntutan kita mesti dipenuhi. Selepas itu kalau BN nak menang, menanglah sebab kami tak ada masalah menerima kekalahan cuma yang kami tidak mahu ketidakadilan dan berlaku penipuan (dalam pilihan raya)," katanya.
"PAS akan cadang kepada Bersih supaya dijadikan hari Sabtu hari memakai pakaian Bersih dan kuning untuk menyatakan perjuangan berterusan untuk mendapatkan pilihan raya adil dan bersih," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan