Ketidakadilan SPR selama ini mahu diakui atau tidak? Keterlanjuran dan salahlaku SPR yang semakin ketara itu mahu diperbetulkan atau tidak? Kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ! Janganlah nak menegakkan benang basah! Tak usahlah terus-terusan menyerang kepimpinan Bersih 2.0.
Berhentilah mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.” Soal ikhlas tidak ikhlas ini begitu subjektif. Kamu boleh kata orang lain tak ikhlas, tetapi adakah Tan Sri sendiri cukup ikhlas? Cakap lain. buat lain ! adakah itu ikhlas namanya?
Sikap dan tuturkata Tan Sri saling tak tumpah macam pemimpin Umno! yang sentiasa memusuhi PKR!. Soalnya kenapa Tan Sari juga perlu memusuhi PKR? Kenapa suara Tan Sri seirama dan senada dengan Umno? Umno belasah PKR! Tan Sri pun turut sama? seolah-olah Tan Sri bukan Pengerusi SPR. Seharusnya selaku pengerusi SPR Tan Sri menunjukkan sikap berkecuali ! tidak memihak mana-mana parti.
Kalau pun Tan Sri seorang ahli Umno atau penyokong Umno, sorok-sorok lah sikit! tetapi kalau rasa dah gian sangat nak jadi ahli politik, silakan!! Lepaskan jawatan sebagai pengerusi SPR! Jumpa Najib! Minta bertanding dimana-mana ! Gerenti dapat punya!!
Berbalik kepada keghairahan Tan Sri menuduh PKR dalangi “BERSIH” Kenapa dok sibuk sangat ni? Nak tuduh siapa dalang! siapa penyokong buat apa? Buang masa! Kan lebih baik beri fokus kepada tuntutan 8 perkara itu? Kalau pun PKR, PAS dan DAP sebagai penyokong mahupun dalang apakah itu merupakan satu kesalahan. Apakah manjadi satu kesalahan apabila kita menyokong sesuatu yang baik? Apakah satu kesalahan jika pertubuhan bukan kerajaan/ NGO menegur kerajaan yang bersikap tidak adil?
Butakah SPR untuk melihat dan memahami bahawa “BERSIH” telah disokong oleh 62 NGO dan puluhan ribu rakyat Malaysia yang bertindak sebagai warganegara prihatin? Butakah SPR? Butakah Perdana Menteri? Butakah Ketua Polis Negara? untuk melihat kesungguhan dan kegigihan rakyat semasa demonstrasi aman tempoh hari? Masih tak mahu fahamkah ? rakyat bangkit membawa tujuan yang murni! semata-mata menuntut keadilan dan ketelusan dalam PRU !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan