DASYATNYA POLIS MALAYSIA !!
Mereka berani ! mereka hebat !, mereka kuat! dan mereka juga samseng?. Gelaran PDRM telah bertukar kepada PRDM ? (Polis Raja Di Malaysia),.. Raja Di Malaysia bermaksud – boleh berbuat sesuka hati ! Kalau tidak, takkan mereka berani engkar perintah DYMM YDP Agong! Agong kata boleh! Perhimpunan “BERSIH” boleh diadakan di stadium, PRDM kata tak boleh. Agong kata “BERSIH” bukan pertubuhan haram, polis kata “BERSIH” pertubuhan haram ! Tujuan polis membuat tuduhan begitu semata-mata untuk menghalalkan tindakan ganas mereka !
Semalam, Sabtu 9 Julai 2011 - lihatlah apa yang berlaku!. Polis yang berpakaian lengkap dan bersenjata macam orang nak pergi perang! memperlihatkan perilaku ganasnya terhadap rakyat yang tak berdosa !! Wajarkah? Rakyat hanya berhimpun dengan tangan kosong tidak bersenjata!
Rakyat hanya ingin menyampaikan suara, rakyat hanya ingin berhujah! Hujah sepatutnya dibalas dengan hujjah!. Tetapi Polis dengan lagak samseng dan angkuhnya menghalau, menghambat, menghayun cota, memukul, menangkap dan mengheret orang ramai. Mereka berbanggga apabila dapat melepaskan gas pemedih mata dan semburan air berkimia. Dimana rasa simpati? Langsung tak ada! Kalau rakyat yang berhimpun dicap sebagai perusuh, berapa buah kereta sudah dibakar? Barapa ratus rumah dan kedai sudah hangus? Berapa banyak nyawa telah terkorban?
Rakyat yang diwakil “BERSIH” merayu dan merintih agar mereka diberi ruang dan peluang untuk bersuara - “tegakkan keadilan” Mereka (BN) kata, mereka sudah cukup adil kepada rakyat !. Mereka kata rakyat bukan nak tuntut keadilan, tetapi hendak menghidupkan fahaman komunis. MasyaAllah !, jahat dan zalimnya tuduhan! Semoga Allah melaknati pemerintah dan hamba-hambanya yang zalim !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan