Perhimpunan “BERSIH 2” sudah 10 hari berlalu. Video keganasan polis versi rakyat dah melambak keluar dalam internet. Video polis tak juga muncul-muncul !
Semua rakyat Malaysia yang memiliki internet telah pun menontonnya. Kalau ditanya apa perasaan mereka setelah melihatnya? Pasti mereka menjawab,…. marah!, geram!, sedih dan terharu ! melihat rakyat diperlakukan seperti anjing kurap!
Dalam hati sudah tentu akan berkata,… dahsyatnya polis Malaysia ! Mereka tak ada perasaan? tak ada hati perut ? walhal matlamat perjuangan / tuntutan “BERSIH” ialah untuk kebaikan semua! termasuk polis dan keluarga mereka sendiri!
Rasanya PDRM tak perlu nak menunjukkan mereka kuat ! kepada orang ramai yang berarak aman tanpa sebarang senjata pun? Kan lebih baik beri kerjasama, mengawal dan mententeramkan keadaan!. Ini tidak! Lagak samseng yang ditunjuk! Tidak keterlaluan kalau dikatakan ia hampir menyamai kesamsengan polis Israel !!
Sekarang apabila banyak video keganasan polis tersiar dalam internet, polis semacam terkedu, panik, lalu terkial-kial mencari jawapan! Last-last PDRM buat kenyataan kononnya mereka ada video rakaman khas, tetapi malangnya hingga ke hari ini ianya tak muncul-muncul!!. Sudah pun melepasi 10 hari!. Bayang pun tak nampak !
Kalau begitulah! maka orang ramai tak perlu terkejut apabila video itu keluar nanti!! Sudah tentu ia ibarat sebuah filem dokumentri yang padat, lengkap dan menarik ! Sudah diedit di sana sini atau ditokok tambah! Penuh dengan aksi-aksi dimana polis bersikap mesra dengan mangsa tahanan! Suasana lokap menyambut kehadiran orang tahanan dengan penuh mesra dan kasih sayang! Polis memberi makan orang tahanan dengan makanan yang sedap-sedap dan berbagai-bagai aksi kelembutan polis,… agaknya !!
Sebab itulah pembikinan video itu mengambil masa yang panjang, untuk menentukan skripnya terbaik!, kesan bunyinya terbaik dan jalan ceritanya juga baik. Percepatkan tayangannya ! Orang ramai dah tak sabar menunggu!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan