Ahad, 10 Julai 2011

Satu dari 100 pemimpin Umno yang cakapnya boleh pakai

Dato’ Saifudin Abdullah sepatutnya menjawat Menteri Pelajaran!, bukan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi !  Kenapa?.
Beliaulah  satu-satunya contoh menteri Umno atau ahli Umno yang cakapnya boleh pakai !!  Beliau mempunyai daya fikir yang baik, bernas,  menampakkan sedikit kematangan dan keikhlasan.

Kalau nak dibanding dengan pemimpin Umno lain,  ia ibarat satu dalam seratus !   Kalau nak dibandingkan seluruh ahli Umno pula ia ibarat satu dalam seribu!!  Tahniah !  Dato’ Saifudin Abdullah.  Tak sia-sia Allah jadikan  anda insan yang cerdik lagi berakal. 

Gunakan kebijaksanaan kurniaan Allah itu dengan sebaik-baiknya!  Berjuanglah demi menegakkan kebenaran dan keadilan.  Berjuanglah kerana Allah demi rakyat. Bukan kerana yang lain-lain!,  bukan kerana  perut, bukan kerana kroni atau pemimpin atasan!   Tetapi mampukah anda membersihkan tong najis selagi anda masih berada di dalamnya?  Wallahhua”lam! Sendiri fikir,  sendiri jawablah!

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ini, kepada laman web The Malaysian Insider semalam, beliau mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
Katanya lagi,...
” Kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.
"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak,"
kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.
 

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan