Ahad, 17 Julai 2011

Malangnya rakyat Malaysia mempunyai seorang PM yang bebal dan pekak badak

Memetik kata-kata Najib ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.
Bersihkan dulu SPR !! tunaikan permintaan rakyat / BERSIH 2,  baru boleh cakap soal anak jantan dalam PRU.  Kalau masih mengharapkan bantuan SPR sampai bila pun Najib BN tak akan menjadi anak jantan,  melainkan sebagai PONDAN tua lah selama-lamanya!

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.
Wahai PM ! jangan bercakap keluar tajuk atau lari dari persoalan pokok!! Selagi persoalan pokok belum dijawab jangan bicara soal dahan dan ranting!. Pakatan sanggup bersilat dengan UMNOBN dengan tangan kosong!  Sepatutnya kamu juga begitu, bukan berlagak dengan menggunakan berbagai jenis senjata seperti selama ini!  Kalau kamu tak sanggup buang senjata,  janganlah bercakap soal anak jantan lagi!!

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”
Kamu boleh cakap apa saja !  Perlu ke!.  tak perlu ke demonstrasi, halal ke!. haram ke perhimpunan BERSIH”.  Semua pemimpin Umno PDRM boleh cakap. Tetapi rakyat tak boleh ditipu,  rakyat cerdik! Rakyat tahu perlembagaan Malaysia membenarkan perhimpunan aman yang bertujuan baik, termasuk menegur salah laku pihak kerajaan.

“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.
Kamu, kalau bercakap memang pandai !  Tak jauh beza sangat dengan Rais anak Yatim,  tetapi segala percakapan kamu yang penuh gaya atau stail itu isinya ibarat hampass! Habuk pun tak ada! Banyak benda yang kamu cakap,  tak serupa bikin,  banyak benda yang kamu bikin tak tak serupa cakap!!

“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.
Duhai PM!  Tak usah lah tergila-gila sangat nak mengejar status negara maju! Tenteramkan iklim politik negara dulu! Bersihkan rasuah dan penyelewengan kuasa dulu! Senangkan hati rakyat, dan bela nasib rakyat dulu. Buat apa dapat status negara maju, kalau ukuran negara maju hanya berdasarkan kekayaan pemimpin Umno dan kroni !

“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.
Kalau nak mengaku pun polis dah buat silap. mengaku je lah habis-habis,. Jangan macam orang berlawan tarik tali!!  Lepas, tarik!, lepas tarik!. Dah terbukti dalam perhimpunan “BERSIH” tempoh hari polis bersikap samseng!, ganas!  Atas alasan apa Najib kata Polis nak jaga keselamatan. Pembohong besar!  Pendemo tak buat kacau pun,  jauh sekali untuk merusuh!!

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.
Memang negara Malaysia mengamalkan demokrasi!  Tetapi pernah Najib menjawab, Malaysia mengamalkan demokrasi bersih atau demokrasi kotor?  Betul !  Pakatan dah menang lima negeri dalam PRU ke-12., tetapi kemenangan Pakatan bukan bererti SPR sudah cukup bersih! Kalau SPR benar-benar bersih, dah tentu Najib sekarang bukan seorang Perdana Menteri!! Mungkin beliau menjadi ketua pembangkang!!

“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.                                                                                                                               Balik-balik sistem biometrik ! biometrik! Padahal sistem ini pun SPR masih boleh menipu sebenarnya! Kenapa Najib takut sangat dengan penggunaan dakwat hitam?? Sudah terbukti dinegara luar sistem ini boleh mencegah penipuan,  murah! dan amat berkesan!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan