Isnin, 11 Julai 2011

HISHAM NAFI POLIS BERTINDAK GANAS

Bapa borek anak rintik ! Kalau pemimpin paling atas menjadi bapak penipu, maka pemimpin bawah pasti menjadi anak penipu,

Menteri Keselamatan Dalam Negeri KDN, Dato’ Hishamudin Husin On, menafikan PDRM bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan “BERSIH” kelmarin.

Menurutnya lagi PDRM ada rakaman khas untuk sepanjang tempoh demo itu. Kita pun percaya !  mereka boleh buat atau telah pun buat rakaman itu.
Tentu gambarnya lebih cantik dan jelas. Maklum! Jurufotonya boleh duduk dengan selamat tanpa diganggu gugat oleh sesiapa.

Tak mustahil jurufoto bertugas boleh diletakkan dimana-mana ceruk sekali pun termasuk dalam kereta polis. Tak ada apa-apa masaalah pun !  Persoalannya ! Boleh kah kamera yang mereka gunakan itu berbohong?  Atau  apakah ratusan kamera yang digunakan para peserta demo juga boleh berbohong?

Hingga saat ini dah berapa banyak gambar-gambar polis membelasah pendemo telah dipaparkan di internet? Masihkah PDRM nak menafikan?  Masihkah polis mahu meneruskan pembohongan kepada rakyat ? Sama-sama kita tunggu kehadiran gambar-gambar yang dihasilkan oleh jurufoto polis!.  . Jangan sampai terkeluar video lucah sudah !!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan