Hisham kata orang ramai yang membuat laporan palsu akan didakwa
Menteri KDN yang tak berapa cerdik ini sering kali membuat kenyataan-kenyataan ditahap bengong !! (sekali bengong )
Dia anggap rakyat bengong macam dia! (dua kali bengong)
Dia anggap pemimpin-pemimpin pembangkang bengap !
macam dia ( tiga kali bengong)
Kita lihat dan baca apa dia kata dan apa rakyat kata.
Kita lihat dan baca apa dia kata dan apa rakyat kata.
Pihak yang membuat laporan palsu mengenai tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu perlu diheret ke muka pengadilan sebagai pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya melontarkan pelbagai tuduhan terhadap pihak berkuasa.
Kalau Polis sendiri yang buat kenyataan atau laporan palsu bagaimana ? Sanggupkah Hisham heret mereka kemuka pengadilan?
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak yang membuat laporan palsu kepada polis perlu bertanggungjawab dengan tindakan mereka.
Kerana rakyat bertanggung jawablah, maka mereka telah membuat laporan. Kalau rakyat dah buat laporan polis siasat sajalah! Jangan buang masa, Kenapa panik dan menuduh pula rakyat membuat laporan palsu ! Rakyat yang bertanggung jawab ialah rakyat yang berani membuat laporan tentang salahlaku polis atau mana-mana pemimpin.
Sehubungan itu beliau mahu polis dan Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang membuat laporan palsu berkenaan.
Buang masa saja ! Kalau nak siasat sangat, ha! siasatlah, tapi jangan lupa! Siasatlah juga laporan palsu oleh pihak polis ! Ingat!! polis juga manusia, puak-puak di Pejabat peguam negara juga manusia !, bukan malaikat. Sebagai manusia mesti ada buat kesalahan!
Laporan palsu? Mudah sangat kamu menuduh laporan itu palsu ! Berpuluh-puluh, malah mungkin beratus video himpunan “BERSIH telah dirakam oleh rakyat. Mana mungkin semuanya palsu? Mana mungkin rakaman segera dan siarannya juga segera boleh berlaku penipuan! Lainlah kalau dah diperap dua minggu sebagaimana video rakaman yang dibuat oleh polis !
"Jelas apa yang mereka buat ini (laporan palsu) merupakan taktik politik sempit hanya nak mencemarkan nama baik pihak PDRM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Kemasyarakatan Kem Batu 10 di Kuantan, hari ini.
Hoi, Hisham ! Tak kiralah politik sempit ke, politik luas ke! Yang maha penting ialah hasil perjuangan BERSIH itu semata-mata untuk kebaikan rakyat, bukan kepentingan individu atau pemimpin! Dan yang penting juga,.. laporan yang dibuat oleh rakyat itu ialah untuk menegur kepincangan atau salahlaku pihak-pihak yang terlibat, tak kiralah Umno ke, Kerajaan ke, atau PDRM sendiri.
Beliau berkata, tindakan undang-undang tersebut boleh menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan terhadap pihak berkuasa.
Betul lah tu ! Undang-undang untuk semua, termasuk menteri, pemimpin Umno, dan PDRM juga. Pastikan juga agar ia menjadi pengajaran kepada PDRM agar tidak sesuka hati menuduh rakyat yang tak bersalah !
Hishammuddin berkata PDRM mempunyai bahan-bahan dan rakaman mengenai situasi sebenar pada perhimpunan itu untuk mematahkan pelbagai tuduhan, seperti yang didedahkan kepada hampir 200 wakil media dan badan bukan kerajaan (NGO) kelmarin.
Dah banyak kali dah kalian cakap! Ada rakaman situasi sebenar, ada rakaman situasi sebenar, tapi kenapa tunggu dua minggu baru nak siar? Nampak sangat siapa telah berbohong, siapa sedang berbohong dan siapa akan terus berbohong sebenarnya??!!
"Mereka (penganjur perhimpunan BERSIH 2.0) tidak ikhlas dalam tuntutan untuk pilihan raya yang kononnya lebih adil, kalau tidak apa sebabnya mesti lakukan lakonan-lakonan tertentu, tuduhan-tuduhan tidak berasas yang disebarkan di dalam blog dan media asing.
Memang! apa yang rakyat minta, apa yang rakyat protes tidak ikhlas mengikut pandangan UMNOBN !!.. Apa yang pembangkang perjuang untuk kebaikan rakyat juga tidak ikhlas !. Yang ikhlas ialah perbuatan Umno – menipu rakyat, memperalatkan rakyat !!
Hishammuddin berkata tindakan tersebut sebenarnya bertujuan mengalihkan kelemahan pembangkang termasuk isu video seks melibatkan ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim.
"Dengan menimbulkan isu-isu lain mereka harap itu (video seks) dilupakan, kita tidak lupa, jangan ingat dengan menimbulkan isu lain, perkara lama kita lupakan," katanya.
Menteri jaga polis ini nampaknya dah tak ada modal lagi. Balik-balik DS Anwar, balik-balik isu video seks lucah! Percaya sangat dia dengan video lucah itu. Tentu dia amat kecewa kerana strategi menyerang pembangkang dengan video lucah menemui kegagalan !
Ditanya kenapa polis mengambil masa hampir dua minggu untuk mendedahkan rakaman video perhimpunan haram itu, Hishammuddin berkata: "Biar lambat sedikit tetapi terperinci supaya tidak ada mana-mana pihak boleh memutarbelitkan apa yang didedahkan".
Terperinci apa ke bendanya ? Dah le tersangat lewat. Hasil videonya pun macam hampehh ! Banyak babak dalam video tak lengkap, tergantung ! Babak-babak penting khasnya yang melibatkan keganasan polis tak ada! dah dihilangkan !
Begitulah hebatnya jurufoto / juruvideo pihak polis !. Begitulah hebatnya sebuah video bertajuk- “BERSIH 2” JANGAN BOHONG!, JANGAN TUDUH POLIS GANAS! Hasil kreativiti PRDM (Polis RAJA di Malaysia)
oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan