Jumaat, 29 Julai 2011

KOMEN PENULIS TERHADAP KENYATAAN MUHYIDDIN


Video polis adalah rakaman sahih dan sah, kata TPM


Rakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bermimpi ke Mat Sembab ini? Siapa pula yang kata rakaman video pihak polis itu tak sahih? Ini bukan soal sahih atau tak sahih. Soalnya video itu telah disunting atau diedit !!
Kemudian soal bermotif politik !!  Ayat atau kenyataan yang semacam ini dah muak kita dengar. Tak payah cakap le. Orang politik, sama ada BN ke, pembangkang ke sudah tentu bila bercakap bermotifkan politik!

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.
Rakyat memang dah tertipu pun!  tetapi  bukan ditipu oleh “BERSIH 2” atau pun parti-parti pembangkang ! Yang menipu rakyat ialah UMNO, PM dan PDRM

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh hari ini.
Tan Sri !  Jangan paksa rakyat untuk meyakini  kredibiliti polis. Kredibiliti dan intergriti polis sebenar dah hancuurr ! lebuur !,  punah, berkecai !! sejak zaman Rahim Noor menjadi PKN lagi!

"Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen.
Balik-balik rakaman video tulin, rakaman video tulin ,.... Tulin ! Tulin  Tulin!!  Rakyat tak kisah pun tulin atau tidak !  Nampaknya samalah macam isu video lucah dulu! PM kata tulin, TPM kata tulin, Hishamudin kata tulin,  PDRM kata tulin,  Tetapi mereka tak berani pula kata pelakun video itu tulin atau tidak!  Anwar atau bukan Anwar !
Fuhh!  Kenapalah benak sangat sangat pemimpin-pemimpin Umno ni. Lain yang diminta lain yang diberi,   lain yang bengkak lain yang menanah !!

Beliau berkata berbeza dengan pembangkang, polis menyiarkan video yang sah dan tidak diambil atau diceduk dari mana-mana pihak kerana sekiranya polis berbuat begitu akan ada pihak-pihak yang mempertikai video polis itu.
Sah kepala hotak kamu !!  PDRM buat semua sah !  UMNO buat semua sah!  PM cakap semua sah!,  SPRM cakap semua sah !   SPR buat semua sah !!  Ros Mansor buat semua sah !

Katanya video itu menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh pembangkang termasuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berceramah atas kerusi roda kerana kononnya dilanggar oleh van polis semasa perhimpunan aman itu.
Hoi , Mat Sembab ! Siapa yang kata Mat Sabu dilanggar oleh van polis?  Van bukan,  PAJERO pun bukan!  Menurut laporan polis yang dibuat Mat Sabu dan kenyataan lisan yang dibuat oleh beliau disatu sidang video,  beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta WAJA polis!.. dan yang peliknya babak pelanggaran itu tiada dalam video polis!  Apa hal !!  apa dah jadi?  PDRM ada simpan makhluk halus ke?.  Biasanya makhluk halus yang pandai main sorok-sorok !   Inilah yang susahnya kalau jadi pemimpin yang buta celik dan pekak badak!!

Beliau berkata tuduhan pembangkang terhadap polis berhubung isu perhimpunan BERSIH itu bukan satu budaya yang baik untuk menjaga keamanan negara.
Benar Tan Sri TPM !  Tersangatlah benar !  Rakyat yang berjuang, bersuara !  dan berhimpun untuk menuntut keadilan itu adalah satu kesalahan !! itu adalah fahaman komunis !!  Bukan budaya kita !!  Budaya kita yang sebenarnya ialah amalan berbohong !,  membuat fitnah!, dan mengampu !!

oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan