Polis kata haram !, semua pemimpin Umno kata haram
Tapi Agong kata tidak haram, boleh dibuat di stadium
Untuk Renungan seluruh Rakyat
Sebagai contoh judi dan babi itu haram. Walau diubahsuai atau dialih kemana pun ia tetap haram. Dalam isu perhimpunan BERSIH 2 ini apakah benar perhimpunan itu haram?
Jawapannya tidak ! sebagaimana yang diperkatakan oleh Tuanku Mizan.
(Rujukan : Bagi Umno istilah halal haram, dosa pahala sama saja. Ia boleh diguna bila-bila masa, boleh diubahsuai mengikut keperluan ! )
Kalau haram takkan lah DYMM Tuanku Mizan bersetuju perhimpunan itu di alihkan ke Stadium !! Kalau haram macam mana ia boleh menjadi halal? Kalau perhimpunan itu haram takkan lah tokoh-tokoh ilmuan termasuk Sasterawan Negara boleh terlibat ?!!,
Di sinilah terlihatnya kebijaksanaan Tuanku Mizan selaku seorang insan yang mulia dan selaku Yang Dipertuan Agong. Baginda tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan fahaman Umno yang selalu kelihatan tidak ikhlas dan penuh kepalsuan!. Maaf Umno! Tuanku tidak sebodoh kalian semua.
Sampai bila agaknya Umno dalam keadaan bebal? Sampai bila matahati Umno akan terbuka? Apa-apa pun Tahniah Tuanku Mizan !, Tuanku telah menunjukkan yang Tuanku memahami kehendak rakyat, Tuanku bersimpati dengan rakyat yang dizalimi !!
Dalam pertemuan Tuanku Mizan dengan wakil “BERSIH” semalam, baginda telah mengizinkan perhimpunan itu diadakan si stadium dan pihak yang menuntut pun bersetuju. Jadi, permintaan pemimpin Umno dan PDRM supaya perhimpunan tidak diadaklan di jalan raya sudah tertunai! Apa lagi masaalahnya?. Kenapa masih ada suara suara sumbang di luar sana yang seolah-olah mempertikaikan keputusan Tuanku?
Sudahlah tu, buanglah jauh-jauh sikap samseng Umno itu!. Cukuplah satu ketika dulu seorang ahli Umno bernama DrM merampas imuniti Raja-Raja Melayu. Jangan lagi sikap biadap dan kurang ajar ini mahu diteruskan !
Sekali lagi diucapkan Tahniah kepada Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong! Tuanku sependapat dengan rakyat terbanyak yang mahukan keadilan sebenar di pulih dan ditegakkan! Demi Allah! itu lah tujuan sebenar perhimpunan BERSIH 2. iaitu - Memperjuangkan hak dan keadilan dalam pilihanraya semata-mata untuk rakyat.
Tidak dapat dinafikan, tujuan “BERSIH” cukup ikhlas! cukup murni. Yang peliknya kenapa Umno masih berdegil? Kenapa tak mahu yang BERSIH dan masih mahu mempertahankan yang KOTOR ! Adalah merupakan sesuatu yang pelik dan merugikan jika Umno beranggapan yang bersih itu kotor dan yang kotor itu bersih! Kepada seluruh rakyat Malaysia !,.. berfikirlah dengan tenang!, berfikirlah dengan jiwa yang tenteram dan matahati yang terbuka! Mari kita membina satu masyarakat yang makmur dan harmoni. Mari kita berjuang tegakkan kebenaran dan keadilan !!
oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan